Friday, October 15, 2010

2232

Bukannya nombor bertuah. Tetapi inilah nombor yang membawa kepada padah dan parah di KM 223.2. Berita kemalangan yang yang telah menyentap korban 12 nyawa dan membawa penderitaan serta trauma kepada mangsa dan keluarga mereka dan rakyat Malaysia amnya. Salam takziah dan sedekah al-Fatihah buat yang telah pergi kehadrat Illahi.
Yang pergi biarlah pergi tetapi kita yang masih di sini sering menuding jari menunjuk kepada pihak-pihak yang tertentu di atas tragedi tersebut. Boleh dikatakan semua yang pihak yang yang terlibat dengannya ingin mencari punca bagaimana tragedi tersebut berlaku. Dari syarikat pengangkutan, individu hingga ke faktor jalanraya dan cuaca menjadi perkiraan. Akhirnya pelbagai kesimpulan diperolehi. Adakah berpunca dari kecuaian pemandu, kerosakan kenderaan, ketidaksempurnaan permukaan jalan, keadaan cuaca atau kelemahan pihak penguatkuasa.
Yang mana satu adalah punca sebenar yang sering berlaku tragedi seperti ini?
Kalau kita buat kajian ke atas faktor jalanraya, Saya rasa jalanraya di negara kita ini boleh dikatakan ada ranking dalam carta popular di antara jalan-jalan yang terbaik di dunia agaknya. Penyelenggaraan lebuhraya sentiasa dipantau. Kalau setakat jalan-jalan dlm dan luar bandar yang ada berkudis tu memang dah menjadi kebiasaan kita melihatnya. Satu pengiktirafan buat penggendali seluruh lebuhraya di Malaysia. Tak mungkin faktor jalanraya yang menjadi punca utama kemalangan tersebut.
Mungkin juga faktor cuaca yang menjadi puncanya. Keberangkalian ini mungkin boleh diterima sebagai salah satu punca kemalangan jalanraya. Keadaan yang panas dek dipanah sang mentari boleh meletihkan penglihatan yang boleh membawa kepada terlena seterusnya menjadi punca kemalangan. Begitu juga pemanduan sebelah malam, ramai yang berpendapat memandu malam lebih selesa. Tetapi disebalik keselesaan itu juga membuatkan ramai yang menjadi mangsa juga akibat terlena kerana kesejukkan serta panahan lampu-lampu dari arah yang bertentangan. Kalau dalam keadaan hujan renyai atau lebat juga adlah puncanya, jalan licin serta pandangan yang kabur dek limpahan hujan@kabus.
Penyelenggaraan kenderaan yang kurang sempurna? Faktor ini juga banyak menyumbang kepada kemalangan jalanraya. Tak perlulah dihuraikan panjang lebar perkara ini. Semua pengguna jalanraya telah maklum tentangnya.
Bagaimana pula tentang penguatkuasaan undang-undang. Peraturan dan undang-undang jalanraya telah lama digubal dan dilaksanakan. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk mendisiplinkan para pemandu di negara kita. Cuba belajar mengikut peraturan, sekurang2nya ia dapat juga mengelak dari berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Kesimpulan yang dapat dibuat dari kesemua faktor di atas dapat dirumuskan dan jawapan yang paling mudah bagi menangani masalah ini adalah sangat mudah iaitu sikap pemandu itu sendiri. Berdisiplin, beretika, cermat dan menghargai nyawa serta bertanggungjawab ke atas kenderaan masing-masing dapat menghindarkan kita dari kemalangan. Inilah punca utama kemalangan jalanraya. Kenderaan milik kita tetapi jalanraya bukan milik kita. Berhati-hati di jalanraya bukan bermati-mati di jalanraya. Laju tidak membawa padah, terlaju mungkin........

Monday, August 23, 2010

KALAU TAK ADA DUIT JANGAN MATI

Teringat kata-kata kawan saya seorang lelaki berbangsa cina Ah Kok namanya. Dia menceritakan kepada saya bagaimana perjalanan hidupnya. Hidup dalam keluarga yang serba-serbi kekurangan. Awal zaman persekolahannya, setiap pagi seawal jam 5.00 pagi dia akan ke pasar borong Selayang untuk bekerja sebagai kuli "tolak" tong ikan. Kerja2 itu biasanya akan selesai l/kurang jam 8.00 pagi. Taukeh tu akan beri dia beberapa ekor ikan dan sayur dan sedikit upah atas keringatnya. Dengan senang hati dia balik ke rumah bersama buah tangan dan upahnya diberi kepada ibunya. Kemudian ke sekolah. Dan di setiap hari waktu persekolahannya pasti akan tertinggal 2 waktu. Mana tidaknya sampai ke sekolah jam 9.00pagi.
Kalau dah tiap-tiap hari hadir ke sekolah lambat, suatu hari pengetua panggil beliau untuk bertanya akan halnya datang ke sekolah lambat selalu. Maka kawan saya pun dengan jujur dan lurusnya pun menjawab " Cikgu! saya olang susah, hali-hali pagi kena keleje, saya kena bagi wang dan makan pada keluarga, kalau cikgu nak belentikan saya ape boleh buat. Belajar pun saya tilak pandai ". Mendengar jawapan itu, almaklum ajelah, cikgu pun tyerpaksalah kena faham. Hanya nasihat sahaja yang dapat diberikan kepada kawan saya itu.
Dia akhirnya berhenti sekolah ketika berada di tingkatan 1. Selepas itu berbagai-bagai kerja dilakukannya untuk menyara keluarganya yang telah kehilangan bapa. Sehinggalah beliau berumur 19 tahun, adalah seseorang yang sebangsanya telah mengambil beliau bekerja di sebuah premis menjual barang kemas. Beliau bekerja sebagai jurujual. Dari situ beliau belajar dan belajar bekerja dan bekerja dengan jujur dan amanah. Melihat akan kerajinan dan kejujuran beliau bekerja, bossnya itu telah mengeluarkan modal sedikit dan menyuruh rakan saya itu membuka perniagaannya sendiri. Dari masa ke semasa, bulan ke bulan, tahun ke tahun, kini beliau telah berjaya menjadi seorang pengusaha barang kemas yang boleh dikatakan berjaya. Kalau duku jalan kaki, kini kereta berlambang bintang, kalau dulu rumah disewa, kini memiliki rumah kecil dari istana. Katannya, " bukan senang mau senang", sekalang ni kalau tak ale wang lebih baik jangan mati, pasai mati bagi olang cina, mau belanja l/kulang RM100 libu wo! Abang wa balu mati belanja lekat-lekat RM100 libu." Itulah kata2 hikmat dia. So bagi kita umat Islam, kalau tidak cukup amalan dan jariahnya, kalau diizinkan Allah SWT, minta dan berdoalah padaNya agar jangan diambil nyawa kita. Insyaallah

Friday, August 20, 2010

SUSAHNYA

Ish!..susahnya nak memuaskan hati orang. Apa cara agaknya ye. Bagi duit, bagi hadiah, tolong pikul, tolong punggah, tolong alih, tolong kemas, tolong selesaikan.....eeeeeeee! macam2lah. Itu pun kena sumbu.
Bagi duit....tak cukup pulak, nak lebih sikit
Bagi hadiah....kechik sangat, nak yang besar punya
Tolong pikul...fuuuh banyaknya, berat lak tu
Tolong alih....fuuuh serupa juge, macam2 nak dialihnya
Tolong kemas...bersepahnya, merata-rata macam tongkang pecah
Tolong selesaikan....macam mana pulak ni, hentam sajelah
eeeeeeee!!!...buatlah juga, supaya dapat memuaskan hati orang
Tapi manusia ni kekadang macam melepaskan anjing tersepit. Dahlah kita tolong dia, terima kasih pun tidak malah hendak dimakinya kita. Dipanggil kita datang, disuruh kita pergi. Itu pun masih tak puas lagi...Abih cam mano?

Tuesday, August 17, 2010

LUPA, SESAT DAN HILANG

Manusia dicipta dan dilahirkan ke muka bumi ini semuanya telah tersurat di loh mahfuz. Ketentuan ini mesti diterima oleh semua insan yang berpegang teguh pada agama yang satu. Akan tetapi DIA Maha Adil, ketetapan yang telah ditetapkan ini mungkin akan berubah, itupun jika insan itu berupaya dan berusaha untuk mengubahnya. Segala-galanya dengan kuasaNya. Kita sebagai insan yang menumpang di alam ini jangan mudah lupa dan sesat serta hilang arah pedoman yang telah diberikan olehNya. Hanya yang berhati kental, yang berusaha, sabar serta selalu bersyukur yang akan memperolehinya.
Alangkah beruntungnya insan itu jika tida lupa, sesat dan hilang dalam mengharungi badai, menyelam isi kandung kehendakNya, meneroka bidangNya serta menghambakan diri padaNya. Syurga dunia janji manusia, Syurga akhirat janjiNya. Insan jangan mudah lupa, sesat dan hilang arah untuk memiliki janjiNya. Mudah alpa, terpegun dengan neon yang berwarna, terhibur dengan rentak yang disajikan oleh yang dikutukanNya akan membawa kepada kesesatan dan hilang dalam mencari punca.
Jika terlupa, cuba renungkan kembali. Jika tersesat kembali ke pangkal jalan dan jika hilang, berusahalah untuk mendapatkannya. Janji Dia benar belaka, tiada was-was serta keraguan. Insyaallah.

Tuesday, August 10, 2010

PEMIMPIN YANG KENA PIMPIN

SI LUNCAI
TU CERITA DONGGENG, AKAN TETAPI ADA KEBENARANNYA, KESAN DARI CERITA LUNCAI TELAH PUN BERLAKU. ZAMAN ERA GLOBAL INI MASIH LAGI WUJUD PASAL SI LUNCAI, PAK KADOK, WAK KORDI DAN BERBAGAI-BAGI LAGI WATAK SEUMPAMANYA. WATAK-WATAK INI JUGALAH YANG MENJADI IDOLA KEPADA SESETENGAH PEMIMPIN KITA. DUDUK DI KERUSI EMPOK, BERHAWA DINGIN DI TAHAP BEKU DAN ADA PULA BIDADARI YANG MENJADI PENGIRINGNYA. BILA SESUATU ISU TIMBUL, MEREKA INI MACAM PAHAT YANG DIPUKUL. SEKALI KETUK SEKALI ITULAH "BERJALAN". MACAMMANALAH PAHAT NAK TUMPUL, PASAL KERJA TAK BERJALAN. ADA PULA DI KALANGAN MEREKA INI MACAM ORANG-ORANG YANG TERPANDAI, WALHAL SESUATU ISU ITU TELAH DITAKLIMATKAN TERLEBIH DAHULU, DIA LEBIH ADVANCE, MASA TULAH JUGA BARU NAK TANYA "HELLO BRO MACAM MANA NAK SELESAIKAN" WA TAK PANDAI. LEPAS DIBERIKAN PENERANGAN BAGAIMANA NAK MENGATASINYA OLEH ORANG-ORANG KANAN DAN KIRINYA, DENGAN BANGGANYA DIA TAMPIL KE HADAPAN KONONNYA SEBAGAI HERO " THE PEACE MAKER ". LEPAS TU, DIA POINT THE FINGER TO OTHERS :" HEI YOU ALL TAK PANDAI BUAT KERJA KE?, MAKAN GAJI BUTA, NO SCHOOL U DAN BERMACAM-MACAM LAGI ". INILAH DIA PEMIMPIN YANG KENA PIMPIN, SEPERTI MELEPASKAN A@#$%G YANG TERSEPIT.

Tuesday, August 3, 2010

Kitaran Kehidupan

Semua insan di alam ini menyimpan sesuatu cita. Sama ada dalam kehidupan seharian, keluarga, sahabat handai, kerjaya, hidup dan mati. Tetapi adakah setiap cita-cita dan kemahuan kita itu dapat diperolehi, atau akan berlaku yang sebaliknya. Cita-cita mungkin akan tercapai dan kekecewaan serta kegagalan juga akan berlaku. Kata orang kita hanya mampu merencana tapi Qada' dan qadar Allah SWT sahaja yang menentukan. Apa yang paling penting adalah usaha selebihnya tawakkal(doa)kepadaNya. Ada masanya kita akan berada di puncak tetapi janga lupa merenung bagaimana pula jika kita berada di bawah. Merenung seketika ke bawah adalah sangat penting supaya kita akan dapat mengatasi sekirannya ketentuan Allah SWT menghendakinya. Bersedia sebelum terjadi @ sediakan payung sebelum hujan.

Friday, April 2, 2010

Ramlee, Aziz dan Sudin

P.Ramlee, Aziz Satar dan S. Samsudin, tiga nama yang popular di kalangan masyarakat melayu, India, Cina dan lain-lain kaum dalam Malaysia dalam lakonan filem mereka. Setiap filem mereka membawa mesej yang tersendiri. Kalau diamati, kesemua ceritanya membawa kepada pengajaran kehidupan manusia dahulu, kini dan masa yang akan datang. Saya teringat masa zaman remaja, apabila menonton filem2 mereka, saya akan hanya ketawa sahaja. Tetapi kini setelah menonton filem2nya, saya akan mula memikirkan keseluruhan watak, cerita dan mesej yang disampaikan. Mari kita fikir dan renungkan kembali. Terdapat banyak petua, nasihat dan pengajaran di dalamnya. Dan terpulanglah kepada individu untuk menilai dan membuat persepsi mengenainya.

Wednesday, February 3, 2010

KEJOHANAN BOWLING PLK PDRM-UiTM

Pada 11/02/2010 jam 12.00Tgh akan berlangsung kejohanan bowling anjuran PLK PDRM-UiTM bertempat di Bangi Bowling Center, Plaza 63, Taman Sungai Besi, Kuala Lumpur. Yuran pendaftran RM50/= saja, kalau nak bagi lebih pun boleh. Bagi yang berminat adalah dialu-alukan.
Nasihat dari penganjur :-
Buat persediaan fizikal. Yang paling penting persediaan mental. Pastikan tidak ada peserta 'longkang'. Juara 'longkang' tidak diiktiraf.
Petua dari penganjur :-
Kalau rasa2 tak yakin, buat latihan dengan buah kelapa dan pinnya gunakanlah botol-botol mineral yang terpakai.
Amaran dari pengajur :-
Jangan bagi alasan tak dapat hadir. Kehadiran diwajibkan.

JANGAN SAMPAI HATI MENJADI BATU

Berubah itu susah. Tapi cubalah menerima perubahan. Walau tidak banyak, secubit pun jadilah. Sikit2 lama-lama menjadi bukit, bukannya untuk kaya tapi untuk berubah. Belakang parang diasah, lama2 tajamlah ia. Bukan tujuan untuk mengiris hati, tapi untuk mengikis hati yang telah menjadi keras umpama batu. Biarlah seperti menggolek durian dan timun, bergolek kena, menggolek pun kena, bukan untuk diluka tapi cubalah merasa apa yang orang lain rasa. Belajarlah menjadi insan yang serba kekurangan, bukannya kurang harta. Menilai hati, supaya tidak menjadi mati. Jangan biarkan hati menjadi "tanggang", yang rugi diri sendiri. Beralah bukan bererti kalah.

Thursday, January 28, 2010

SATU vs SATU yang kecundang TIGA

Salam kepada semua blogger. Lama sudah ketinggalan,...apakan daya sibuk sikit. Tetapi taklah sesibuk PM Malaysia.Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih semua fasilitator kerana telah berjaya menganjurkan kem motivasi di Pulau Lagenda yang bermula dari 17/01/10 hingga 21/01/10. Semua persiapan/aturcara program telah dapat dijalankan dengan lancar atas usaha rakan-rakan senior PLK.

Apa yang hendak saya kongsikan di sini adalah ingin membuat kesimpulan beberapa kelemahan yang ketara telah berlaku di sepanjang program ini dijalankan. Diantaranya seperti tajuk catatan saya. Ianya bermaksud jangan tuding SATU jari pada orang lain kerana TIGA jari lagi akan menghala kepada kita. Kemungkinan ada di antara kita yang tidak memahami konsep pembelajaran, pengajuran kem motivasi ini juga adalah salah satu bentuk proses pembelajaran. Kesilapan, kesalahan, salahfaham kenyataan telah menjadi tradisi dalam bidang pengajuran. Justeru itu kita cuba belajar cara-cara untuk mengatasinya bersama-sama. Tak perlu hendak menyalahkan antara satu dengan yang lain. Pelajar senior PLK ini terdiri dari peringkat umur yang terlalu muda dan juga yang dah "senja". Bila bercakap, mengkritik atau beri idea perlu ada "lapik", supaya tidak menguris hati orang lain. Orang muda mudah memberontak, cuba renung dan amati bagaimana pelajar "senja" ini berkata-kata. Tersusun elok, berlapik dan tidak memberontak. Ini juga salah satu bentuk pelajaran yang perlu orang muda contohi. Berfikir terlebih dahulu, sebelum menyalahkan orang lain. Bukankan cara ini lebih elok dipraktikkan. Kita ini pelajar senior PLK bukan semuanya perfect. Masing-masing ada kekurangannya.

Saya masih ingat lagi kata-kata hikmat dari our boss semasa perasmian kem motivasi...."ubah", ayatnya pendek tapi hendak melaksanakannya hanya tuhan yang empunya kuasa. Untuk mengubah, berubah, diubah sememangnya sesuatu yang paling sukar untu dilakukan oleh makhluk yang bernama manusia. Apa pun kita kena cuba, samada diubah oleh orang lain atau kita sendiri mengubahnya. Kalau tak banyak sedikit pun jadilah. Yang penting kita mahu berubah. So, setiap pandangan dan nasihat yang diberikan oleh orang lain kepada kita, kena terima dan timbang-timbangkanlah. Kita tidak nampak kelemahan kita, tetapi orang lain nampak. Oleh itu kita perlukan juga bantuan orang lain untuk memperbaikinya.

For the next programe try to conduct it as best as you can. Saya percaya kita semua boleh lakukan dengan baik. Baiki kelemahan yang ada dan cuba beri pandangan anda. Sepuluh kepala adalah lebih baik dari satu. Hilangkan title egois, bodoh sombong, berlagak dan title-title yang seangkatannya dari dalam diri kita. Low-profile pun tak sesuai dalam keadaan ini. Try to be a very-very important person among us but not to be a glamourous person around us. Terima Kasih untuk anda semua dan maaf dari saya. Yang baik datangnya dari Allat AWT, dan yang buruk itu datang dari saya insan yang lemah dan serba kekurangan. Wassalam.

Monday, November 16, 2009

KETAM OH KETAM

Pagi ni dapat idea. Kawan kita "chair" taklimat pagi. Katanya masa dulu, kalau pangkat "satu balak" ni dah kira penyelia kanan. Bila ambil taklimat semua mata akan tertumpu padanya. Segala apa yang dia kata semuanya betul belaka. Semua arahanya dikut membabi buta. Itu dulu. Tapi sekarang ni "tiga balak", bila bercakap seperti mencurah air ke daun keladi. Langsung tak diendahkannya. Alasan mereka, tiga balak sekarang ni dah banyak and tak ada nilai, sebab dah bersepah-sepah dan ada di mana-mana. Semua ni gara-gara mutu disiplin yang terus merudum jatuh dek kerana kepincangan ketua yang sedia pincang. Bak kata pepatah "mengajar anak ketam berjalan betul", bapa ketam pun jalan senget, itu jugalah alasan yang diberi oleh mereka-mereka yang telah sedia senget. Bagaimana nak diperbetulkan "ketam-ketam" ini? Inilah budaya dan tradisi turun temurun. Bila dah jadi "adat" memang payah nak diubah. Cara yang berkesan ialah kesedaran pada diri sendiri. Perbetulkanlah diri sendiri supaya tidak pincang macam mereka-kereka yang terdahulu.

Wednesday, November 11, 2009

BAIK TAPI JANGAN TERLALU AKRAB

Halang tidak, suruh pun tidak. Tapi renung-renungkan. Menjalin dan mengeratkan silaturrahim itu adalah dituntut, manakala memutuskan perhubungan itu perbuatan yang paling dibenci. Sering kita dengar dan lihat atau mungkin alami sendiri peristiwa-peristiwa yang dinyatakan. Bagaimana ia terjadi? Dan apakah kesudahannya?
Pada saya apa yang sering diingatkan ialah bila bekerja, antara pekerja dengan boss mesti ada jarak yang membezakan. Walaupun boss dan pekerjanya seperti isi dan kulit. Jalinan perhubungan ini bukan sahaja setakat kerjaya sahaja, bahkan mungkin juga akan sampai ke "level" peribadi dan keluarga.
Keakraban ini mungikn akan membawa kepada sikap keterbukaan. Termasuklah juga hingga membawa kepada membuka pekung di dada. Sikap keterbukaan ini harus dipuji atau sebaliknya kerana ianya mungkin jujur atau tidak ikhlas atau mungkin juga mereka-reka untuk mendapatkan perhatian.
Begitu juga dalam "element" persahabatan. Kata orang lama "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Dalam konteks "buat baik berpada-pada" ini membawa pengertian yang berbeza mengikut persepsi masing-masing. Pada saya, perhubungan samada dalam persahabatan, saudara-mara, pekerja dan majikan atau sesiapa pun juga dalam situasi ini harus ada batasannya. Dikhuatiri kata orang lama lagi "buat jahat jangan sekali" membawa maksud juga yang berbeza-beza. Sekali lagi, pada pendapat saya jangan sekali-kali kita melakukan kesilapan, pulangannya adalah sangat tidak tertanggung oleh emosi kita. Malu dapat, sakit pun dapat...bermaksud akan tercalarlah maruah dan akan sakitlah hati. Bila dua "pangkat" ini kita dapat, akan musnahlah perhubungan antara kawan2, saudara-mara, majikan dan pekerja dan sebagainya.
Oleh itu pada pendapat saya lagi, sila rujuk tajuk hasil nukilan saya.

Sunday, November 8, 2009

IJAZAH BERGULUNG, BODOHNYA BERLIPAT

Kita biasa dengar ada orang kata "sekolah tinggi bertingkat tapi bodohnya bertingkat-tingkat" maksudnya sekolah sahaja yang tinggi tapi otak "zero". Hari ini 8/11/2009 jam l/kurang 1400Hrs aku bersama group " the fantastic four " berjumpa dengan dengan seseorang yang popular di kalangan rakan-rakan tempat tinggal rumah aku. "Dia" datang ke komplek sukan UiTM sama macam kami, nak ambil exam...tapi paper lain2. Sedang kami bersembang, datang Pak Guard yang pakai uniform biru buat pengumuman tak rasmi " siapa punya kereta Myvi warna merah yang parking di atas sana, dah halang perjalanan kenderaan lain ". Masing-masing jawab tak tahu. "Dia" ni pulak menyampuk " tak payah alih, langgar je...boleh claim insuran". Tak lama lepas tu ada sebuah bas UiTM pulak bunyikan hon yang panjang, ada lagi.....kereta yang "block" jalan tu. Tiba2 ada satu "mamat" berlari ( owner kereta ) ke arah kereta tersebut, "Dia" ni pulak keluar slogan baru untuk "mamat" tu, belajar kat "U", dapat ijazah bergulung tapi bodoh berlipat, "the fantastic four" terkedu seketika, nak tergelak pun ada. Tak sangka pulak "Dia" nak ucapkan slogan tu. Kami hanya tersenyum...

Wednesday, November 4, 2009

" TUBA "

Biasanya "tuba" digunakan setelah usaha memancing dan memukat ikan gagal dilakukan. Tapi penggunaan "tuba" ini akan menyebabkan banyak pihak yang tidak mendapat kebaikan darinya. Kebiasaannya "tuba" digunakan oleh individu-individu yang tiada tanggungjawab dengan alam persekitaran dan manusia-manusia yang ada disekelilingnya. Apa yang penting bagi orang yang menggunakan "tuba" itu adalah untuk kepentingan peribadi individu itu sendiri. Cuba bayangkan, bagaimana risiko yang akan dihadapi oleh manusia-manusia yang ada di sekelilingnya sekirannya "tuba" itu digunakan dalam kotak pemikiran manusia. Maka akan tergadailah negara, harta, silaturrahim, kepercayaan, tanggungjawab, kredibiliti keluarga, saudara mara, sahabat handai dan pelbagai lagi akibat dari kesan sampingan racun yang bernama "tuba". Kesan yang paling mendalam akibat "tuba" ini ialah meracun pemikiran manusia. Telah menjadi tradisi sejak zaman jahiliah lagi, tuba-menuba ini menjadi senjata yang paling ampuh bagi individu tertentu untuk mendapatkan sesuatu imbuhan atau tempat. Nasihat dari hamba yang kerdil ini jangan gunakan "tuba" untuk mendapat "ikan".

Monday, October 19, 2009

BILAL YANG ADA VALUE

Dalam zaman yang materialistik ini makin susah untuk mencari Bilal yang ada valuenya tersendiri. Percaya atau tidak ada Bilal yang dibayar dengan harga yang tinggi. Kalau dikomersialkan, masa kini harga Bilal tersebut boleh membeli 10 kapal selam, 10 kapal laut, 10 kapal terbang, 10 helicopter, 10 negeri Singapura dan bermacam-macam 10 yang lain-lain.........mahalnya value BILAL BIN RABAH.- Pengumandang Seruan Langit-

DI HADAPAN LEBIH AFDAL

Barisan hadapannya biasanya diketuai oleh ketua2, pemimpin2, pendekar2, hulubalang2 dan hero2 yang handal2 lagi perkasa. Mereka ini adalah individu2 yang bakal gugur dahulu atau individu2 yang bakal berjaya dalam perjuangan mereka. Semestinya mereka ini terdiri dari golongan yang berjiwa "Optimus", rela berkorban demi agama, bangsa, agama dan keluarga mereka. Kelebihan dan ganjaran yang diterima juga mungkin melebihi dari mereka2 yang berada di belakang atau dibawahnya. Oleh itu tidak hairanlah mereka2 ini diberikan pelbagai peghormatan yang antaranya anugerah Pingat Gagah Berani ( PGB ), Pingat Gagah Perkasa, Pahlawan Setia, Kesatria dan bermacam-macam lagi....itulah kelebihan yang diberikan jika berada di barisan hadapan. Dalam sembahyang berjemaah juga disarankan kita berada di saf hadapan, lebih afdal.

Bagaimana pula keadaannya jika berada di barisan belakang?.......

Kalau dalam pasukan perang orang2 yang berada di barisan belakang terdiri dari berbagai-bagai kategori. Samada individu2 itu tiada pangkat, tidak gagah, cuma pengikut atau mereka2 yang takut atau pencuri2 tulang, atau mungkin hanya pelakon2 "extra". Tidak dinafikan ada juga ketua2, pemimpin2, pendekar2, hulubalang2 dan hero2 berada di barisan belakang sebagai pengatur, perancang atau "back-up". Ada juga mereka yang berada di barisan hadapan "volunteer" untuk berada di barisan belakang...bukan untuk mengatur, merancang atau membantu, tetapi untuk memudahkan...mengundurkan diri, melarikan diri atau untuk "menipu diri".

Barisan di belakang bukannya tak bagus, cuma....dikhuatiri akan mudah dibisik, diganggu atau dihasut oleh syaitan yang sentiasa mencari peluang serta ruang untuk memusnahkan mereka-mereka yang lemah, yang tiada daya saing dan yang tiada tanggungjawab terhadap diri mereka.

Bukankah kita sering melaung dan dilaungkan,....orang yang berada di barisan hadapan. Berusahalah sedikit untuk merealitikannya. Maruah kena jaga, Diri jangan terhina. Berundur bukannya kalah, jatuh bukanya lumpuh.....

Thursday, October 15, 2009

KEPUTUSAN DAH MUKTAMAD

Keputusan dah muktamad. Apa lagi yang kau rayu. Tak ada gunanya lagi. Begitulah juga dengan pesalah2 yang lain. Kalau nak merayu juga pi lah bawa kes anda ke mahkamah rayuan. Tapi aku rasa tuan hakim tu susah sikit nak negotiate. Mengaku aje lah.

Thursday, October 8, 2009

WAK...... LO RO KOS, WAH DUHH!!!!!!!

Kepingginya aku. Tak sabar lagi nak gitu-gitu. Sabar lah wak, akan sampei waktunya. Yang penting wak kena saber. Enggak usah buru-buru. Tapi bila dan di mana ya? Lo!..minggu yang lalukan udah diberitahu masa dan tempatnya! Udah lupalah itu? Tuuuu di blakang kolam, kan ada pokok-pokok yang boleh diikat-ikat. Yang gue tahu hari Sabtu tanggal 10 bulan oktober 2009, sama ada pagi atau petang, wak kena tanye sama Dukun Poji untuk kepastian. Wak jangan datang dengan kain batik jowo pulak yo. Wak pakai celana, jangan pakai capal...pakai sepatu seport. Kalau ada sarung tangan yang diguna untuk berkebun, wak bawak juge ye. Nanti wak nak gitu-gitu,...melecet tangan. jangan nak pamer dada wak yang bidang dan perut buncit,....pakai baju. Nanti melecet wak punya perut. Jumpa di sana...sana...sana

BERDEBAR-DEBAR

Dah lama tak dengar berita. Apa khabarlah agaknya? Called tak jawab! Ada masalah kot? Atau sibuk?....Jadi tanda tanyalah pulak. Tak tahu ke? Kawan kita yang sorang tu sekarang ni sedang berdebar-debar menanti kelahiran putra pertama mereka. Al-maklum ajelah...anak pertamalah katakan. Tak ade pengalaman. Saya dapat tahu sejak seminggu kebelakangan ini kawan kita tu dah tukar profession,...jadi tukang urut. Kasihan dia,...apa boleh buatttt, tanggungjawab beb. Petang tadi 8/10/09 jam 1750Hrs saya phone kawan kita tu, tanya khabar...." dah dua hari kat HUKM ini, belum bersalin lagi " katanya. Rupa2nya isteri beliau sedang menunggu masa saje untuk melahirkan. Nasihat saya berdoalah pada Allah agar semuanya selamat. Saya mengambil kesempatan ini meminta pada rakan2 yang lain dan semua penjenguk2 setia berdoa kepada Allah SWT agar isteri kawan kita tu selamat melahirkan putranya yang pertama. Insyaallah.

Sunday, October 4, 2009

CUBALAH BELAJAR BERADAB

pada 3/10/2009 jam 1200Hrs telah diadakan majlis sambutan Aidilfitri anjuran student PLK part 1,3,5 & 7 di cafe MPKP, Cheras,KL. Terima kasih di atas kesudian Our boss, co-ordinator, para pensyarah, staff FSR UiTM and our brother Mazlin serta keluarga yang dapat melapangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program tersebut. Segala persiapan yang dibuat dan rancangan yang di atur berjalan dengan lancar, Terima kasih untuk Sdr. Fauzi di atas usaha beliau. Cuma saya dan rakan2 part 7 rasa terkilan dan kecewa dengan student2 junior, Mungkin mereka jarang2 atau mungkin tidak tahu cara2 ketika menghadiri majlis2 yang berbentuk formal seperti ini. Ditambah pula dengan kehadiran "VVIP". Sepatutnya mereka kenalah tunggu sehingga our "VVIP" beredar meninggalkan majlis terlebih dulu, ini sebaliknya yang berlaku..mereka pula yang beredar awal sedangkan tetamu masih lagi menjamu selera. Malunya kita. Nasib baiklah ada rakan2 part 7 yang setia menunggu sehingga majlis tamat dan bersurai. tahniah buat mereka.

Thursday, October 1, 2009

AIDILFITRI DENGAN KELUARGA SI CP

Kepada mereka yang tidak hadir pada 30/09/2009 ( Rabu ) semasa actvt orienteering, jangan menyesal kerana tidak dapat berhari raya dengan keluarga Si CP dan merasa betapa kuatnya Sang Lu Tut, Sang Be Tis, Sang Pe Ha dan keseluruhan keluarga Sang Ka Ki menjerit dan meraung. Bukan kerana gembira, suka atau duka tetapi nikmat merasai betapa sengsaranya keluarga Sang Ka Ki ketika itu.
Yang menariknya Sang Te Kak juga menangis, pasal air mineral yang dibawa tidak mencukupi dalam perjalanan melawat 10 rumah saudara mara si CP. Alhamdulillah, masa sampai di rumah saudara si CP(8), adalah pulak open-house...bau kari ayam menusuk Sang Hi Dung...peeh sedapnya! Dengan muka selamba dan tak tahu malu. aku pun bagi salam dan ucap Selamat Hari Raya sambil meminta " kak! minta tolong bagi air sikit leh tak?. Boleh apa salahnya, ada treasure hunt ke?, ye..jawabku ringkas. Dapatlak air dari peti ais. Fuuh....sejuknya, terus ke dalam usus perut. Bersemangat aku untuk teruskan perjalanan ke rumah Si CP(9) dan CP(10). Sempurnalah sudah ziarah kesemua keluarga Si CP sempena Hari Raya AidilFitri tahun ini.
Pi rumah Si CP(7), maaak oi! tingginya....Sang Ka Ki masa tu rasa macam tak mahu saja ketuk pintu rumahnya. Apakan daya, kalau tak pi, taklah lengkap ziarah raya tahun ni. Paksalah juga semua keluarga Sang Ka Ki naik ke atas rumah. Kenapa lah tak pindah ke tempat yang rendah sikit?, senang keluarga Sang Ka Ki nak melawat. Pesanan saya, lain kali kalau nak buat rumah, biarlah dekat-dekat sikit dan biarlah di tanah rata, tak lah susah bebeno keluarga Sang Ka Ki nak melawat. Bukannya tak tahu, keluarga Sang Ka Ki kan usianya dah masuk peringkat veteran...agak2lah sikit. ( u/p: Keluarga Sang Ka Ki semuanya sakit..ambil MC )...apa pun enjoy!!!!!!!!

Monday, September 28, 2009

BILA HATI DICURI SI INTAN

Terkenang 15 tahun dahulu era kemachohan bermula, tercari-cari manalah calon yang sesuai untuk dijadikan pilihan hidup bersama. Masa tu susah bebenor nak dapat yang teranggun. Mungkin mata ketika itu tidak terbuka luas atau sepet akibat panahan mentari. Asal berkelip saje disangka intan. Tak pernah menilai yang intan itu adalah kaca. Setelah berumahtangga, barulah jumpa dewasa ini yang kaca dahulu sebenarnya adalah intan belaka yang tidak ternilai valuenya. Nak mengatallah pulak. Pantang ada yang meminta simpati dan belai kasih, sanggup dengan sukarela menghulur batuan dan menjadi penasihat untuk merungkai masalah si intan, dengan sukarela beri bantuan untuk menagih kasih dan sayang. Menjadi pendengar yang setia adalah pasti.
Tu lah, nasihat orang tua2, nak beristeri biarlah dicari dan dijodohkan oleh orang tua. Tapi la ni, nak cari sendiri...konon2nya nak cari yang serasi, supaya belakang hari tidak menyesali diri. Apa yang terjadi kini?....Berkahwin dah bertahun-tahun, anak pula macam gerabak kereta api.....berderettttt. bahagialah katakan, tapi mengapa hujan ditengah hari. Huru hara pula rumahtangga, apabila muncul orang kedua, ketiga, keempat...dah mula nak bercinta semula, bab inilah yang hendak dicerita. Mungkin dulu, masa bujang tak sempurna bermain cinta, bila umur dah meningkat, anak dah berderet, uban putih mula bercambah tanpa kawalan, perangai pun turut berubah...kasut mula berkilat, baju diiron..sidenya kalau kena pada kulit boleh luka, rambut putih diwarna hitam, kalau kering disapu minyak..hitam berkilat. nak jaga imejlah konon, supaya kemachohan itu terserlah seperti 15 tahun dahulu ...peeeh hebat! Macam hero hindustan tahun 70an.
Apa lagi ditunggu peluang telah terbuka luas, lauk didepan mata, maka mula pasang ayat yang kau2 (baik.. punye) kesopanan dijaga, tutur kata tak boleh nak katalah....lembut gigi dari lidah, demi menjaga si intan. Kalau dirumah pijak semut pun tak pengsan. Begitulah kalau hati telah dicuri si intan. Dah dapat si intan, mula2 digilapnya...lama kelamaan, intan pun akan jadi kaca. Siapa lak nak yang nak jadi mangsa hero hindustan selepas ini.
Yang telah berlalu biarkan pergi, hari mendatang kena hadapi. Perangai yang lalu jadikan sempadan. Jangan jadi hero yang lupa diri, ada tanggungjawab yang perlu dipikul. Amanah Allah yang perlu dijaga. Kebajikan dan kebahagiaan rumahtangga diutamakan. Jangan biar hati dicuri si intan,... AKAN BERKESUT AWAN DI LANGIT DAN BERGOYANGLAH POKOK TUALANG kata orang melayu asli.

KASIHAN TOK MAT DAN NEK SOM

Hari raya pertama bersama keluarga pulang ke kampung di Melaka. Pastinya orang pertama yang ingin kita jumpa ialah kedua ibubapa. Mohon ampun dan maaf dari mereka. Dalam pada itu terfikir di kepala apa khabar agaknya Tok Mat dan Mak Som. Tiada pertanyaan terhadap mereka. Aku melintas di hadapan rumahnya, suasana senyap dan sunyi. Tidak kelihatan anak2 dan cucu2nya. Pintu rumah bertutup rapat. Mungkin tiada di rumah kot? Atau mungkin mereka pergi beraya di rumah saudara mara. Kebiasaannya pada setiap kali aku bercuti dan musim perayaan, aku akan bertandang ke rumah mereka untuk bertanyakan khabar. Rasa tak sedap di hati, dan aku tanyakan tentang mereka kepada orang tuaku. Rupa2nya, mereka berdua kini uzur. Tiada daya berjalan dan makan dengan sempurna. Itulah yang dikhabarkan kepadaku oleh orang tua. Dua hari kemudian, selepas solat maghrib di surau, aku lintas dan singgah ke rumah mereka dan berjumpa dengan anak sulung Tok Mat. Dipelawanya aku masuk ke dalam bilik Tok Mat dan Nek Som, hiba rasa hati melihat Tok Mat sedang membelek2 ubat dan Nek Som cuma terbaring di atas katil. Dapat lagi kita berjumpa, kata Tok Mat. Aku dakap Tok Mat tanpa suara dan merenung mata Nek Som. Tahun lalu Nek Som sihat walafiat. Badan berisi. Tapi kini Nek Som, kurus dan Tok Mat, mata dah rabun serta telinga kurang dengar. Menitis air mata melihat keadaan mereka. Terkenangkan Tok Mat yang banyak bercerita tentang keluargaku yang pemurah dan baik hati serta terkenangkan banyak nasihat2 berguna kepadaku semasa era bujang satu ketika dulu. Inilah salah satu orang tua yang hanya tinggal di kampungku, yang lain telah ramai kembali ke rahmahtullah.
Terkeluar dari mulut Tok Mat, meluahkan rasa kecewa tentang anak lelakinya yang ketiga, umurnya 43 tahun cuma senior 2 tahun denganku. Anaknya ini adalah rakanku semasa di kampung. Menjalankan perniagaan kecil2an menjual buah2an dan bekerja sebagai "jaga" di sekolah berhampiran kampung. Menetap di belakang rumah Tok Mat. Apa yang menyedihkan rakanku ini telah berumahtangga dan dikurniakan 6 orang anak tapi kini telah berpisah. Kini hidupnya tidak tentu arah tujuan. Kata Tok Mat inilah akibat dari doa seorang ayah untuk anaknya, yang tak mengenang budi. Pernah satu ketika Tok Mat minta RM20 untuk belanja minum dan rokok, tapi anaknya menolak dengan alasan tak ada duit. Tetapi bila abang iparnya minta RM30...dengan segera dihulurkan. Depan Tok Mat perkara ini berlaku...Tok Mat hanya mampu menggelengkan kepala mengenangkan sikap anaknya. Kasihan Tok Mat dan Nek Som. Aku cuma mampu berdoa dan nasihatkan Tok Mat dan Nek Som berbanyakkan sabar dan beroda sentiasa. Insyaallah akan terbuka hatinya...

Wednesday, September 16, 2009

GARA2 CITE KARTUN

Karangan budak darjah 4*

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung.Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah.. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dan lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar
pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu mennjerit “Adoi...!” dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih yang di tak faham. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati..

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

*100 markah A1*

SALAM AIDILFITRI

Kepada semua yang mengenali, Saya dan keluarga tercinta mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada Pucuk pimpinan PDRM, semua pegawai dan anggota PDRM, rakan2 PLK-PDRM, Dekan dan Timbalan FSR, Co-odinator PLK-PDRM, Pensyarah2, staf FSR, Fasilitator, Instructor, PERLU dan semua warga UiTM, Shah Alam, Selangor.

TERIMA KASIH AYAH, TONG SAMPAH DAN GEREK TUA

Orang dulu-dulu kalau nak daftarkan sekolah anak punyalah susah. Nak beli pensil, beg, kasut, duit yuran dll pun tak mampu. Mak ayah berkira-kira, tak yah beli....pinjamlah dulu kengkawan punya. Sebagai anak yang solehlah konon, ikutkan lah kata mak ayah, buat aje muka tak malu atau tipu sikit..eg: pensil saya tertinggal, boleh pinjam? ( biasanya tak pulang balik, buat harta ). Kita faham, datang dari keluarga yang susah ketika itu. Ayah cuma kerja sebagai krew angkut sampah, berapa sangat lah gaji yang diterimanya. Adik beradik pulak ramai. Ayah pergi kerja naik 'gerek' berkayuh hampir 20KM setiap hari. Saya asyik membayangkan, sepanjang ayah berkayuh, dia tentu banyak memikirkan hal keluarga. Nak bagi makan, pakai, sekolah & bermacam-macam lagi. Mahalnya harga setitik peluh ayah yang jatuh ke bumi. Kita mana nak terfikir masa tu, yang kita tahu makan, tidur, seronok dan sekolah. Itu aje. saya dan adik-adik boleh dikatakan tak pernah merasa beg yang berbau kedai ( beg baru ). kami hanya menggunakan beg yang ayah kutip dari tong sampah( sedihnya ). Tapi kami tak pernah mengeluh atau jijik untuk menggunakannya. Malah kami hargai. Kalau beg tu tercarik @ koyak kita jahit sendiri. Kasut kami pakai pun tak pernah berbasuh. Nak basuh macam mana? Lap dengan kain basah, kasut tu jenis getah! RM2 aje. Itu pun dah mahal bagi kami. Kalau musim hari raya,....dapat seluar pendek baru pun jadilah, gembiranya hati kalau melompat cecah ke bumbung rumah. Tapi zaman tu dah pun berlalu dan menjadi sejarah serta peristiwa2 hikmat untuk disampaikan kepada anak-anak generasi kini. Alhamdulillah....Syukur atas nikmatnya. Walau pun susah, kami adik beradik semuanya berjaya. Berjaya dalam hidup masing-masing walaupun tak punya harta dan nama, dan tidak kecewa. Mak Ayah kuat, kita pun kena kuat. Terima kasih Ayah, Tong Sampah dan Gerek Tua. Kerana kamu Aku, Abang dan Adik-adik megah berdiri dan bangga hidup kerana SAMPAH. Sehingga kini, aku tak pernah rasa " erti geli dan jijik " bila melihat dan mengangkat sampah, berulat, berbau kerana aku kenal asal usul,...bagaimana aku dan adik-adik mampu membayar balik harga sebuah "SAMPAH". Aku cuba didik anak2 untuk tidak merasa geli dengan sampah. Kalau mereka sedar suatu hari nanti, kenapa ayah kita " selamba " aje dengan sampah? Mungkin satu hari nanti mereka akan faham, dan aku tak paksa mereka faham, kerana mereka lahir di generasi yang kedua, yang tiada lipatan sejarah silam.

Tuesday, September 15, 2009

KANCIL BERHARGA RM1 JUTA

Percaya atau tidak nilai Kancil di Malaysia lebih kurang RM1 Juta. Saya bukan nak jual ubat, tapi telah terbukti Kancil di Malaysia bernilai tinggi. Ini telah disahkan oleh rakan kita di negara jiran. Mungkin seluruh negara asean telah ketahui keajaiban Kancil Malaysia. Al-Kisah pada satu ketika.........
Seorang pakcik sedang memandu keretanya jenama KANCIL di Lebuhraya Utara Selatan, sedang asyik memandu kereta tersebut mengalami kerosakan dan telah parking di tepi lebuhraya. Nasibnya baik hari tu, telah berhenti sebuah kereta Porsche yang dipandu oleh satu lelaki melayu dan bertanya " apa yang boleh saya tolong? ". dan pakcik tu berkata " Begini Nak, kereta pakcik ni rosak, injinnya tak leh nak hidup ". " saya boleh bantu pakcik untuk tarik kereta " kata lelaki tersebut. " boleh juga apa salahnya, tapi kereta kamu tu laju, macam mana pakcik nak ikut " kata pakcik. Lalu pemuda itu beri cadangan, " Pakcik ikut saja kereta saya, kalau saya terpandu laju, pakcik bagilah isyarat lampu tinggi ( high beam ), dan saya akan perlahankan pemanduan saya, boleh!". Ok lah jawab pakcik.
Sedang dalam perjalanan tiba-tiba, sebuah kereta Ferrari telah memotong dengan lajunya kedua-dua kereta tadi. Melihatkan keadaan itu, pantang dicabar, Pemandu kereta Porche itu terus memecut laju dan terlupa tentang kereta kancil yang ditarik dibelakangnya. Apalagi, pakcik tu pun kelam-kabutlah, bagi high beam bertalu-talu......
Nak tahu apa yang dibisik pemandu Ferrari dalam hatinya,.....Fuuuh...*%ce*&*la^%%ka$xxx punya kancil laju betul kereta Malaysia, kete Porcshe pun nak dipotongnya dah tentu mahal kereta Kancil ni, Limited Edition kot?. Inilah yang dikhabarkan di negara jiran

HARI YANG GELAP

Senja mula berlabuh, Takbir pun berkumandang menandakan sang malam akan tiba. Aku masih termenung, memikirkan perjalanan hidup ini. Anak-anak manyapa sinis, " ayah kenapa tak mandi lagi dah masuk waktu maghrib ni " kata mereka. Dengan langkah yang malas aku menuju ke bilik air yang jauhnya cuma sekangkang kera. " Ayah! lamanya dalam bilik air, buat apa tu? ", tersentak lagi aku yang masih termenung di atas mangkuk tandas. Apalah nak jadi dengan aku, mengelamun saje. Selesai mandi, aku duduk mengadap depan kaca televisyen..Berita jam 8.00 malam. Siapa pulak yang padamkan main suis ni? Alamak gelaplah pulak.....aku ambil lampu picit, cis! bateri lak kong......bergelaplah malam ni. Kak Long! oh Kak Long! mana compass ayah? " Ayah nak buat ape ngan compass tu"? " Nak buat ape lagi, orienteeringlah!"..

Saturday, September 12, 2009

BERI DAN MENERIMA

Tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima. Lirik lagu Herman Tino, "Tangan kanan memberi sorokkan tangan kiri". Macam kita jugaklah, apa yang pensyarah beri kita terima sajelah, janganlah beri balik. Kalau nak beri pun, berilah yang mereka tak ade, jangan beri apa yang mereka ade. Bukan pemberian, hadiah atau cendrahati tapi ilmu dan ajaran yang diberi kepada kita. Terima Kasih di atas sumbangan mereka. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Thursday, September 10, 2009

APA ADA PADA NAMA?

Beberapa hari yang lalu aku duduk bersembang dengan rakan-rakan bercerita tentang kerjaya dan pengalaman tugas masing-masing. Dalamnya terdapatlah kenangan suka, duka, sedih dan kecewa. Namun semua itu berlalu hanya diketika terkenang apabila mengimbau kenangan yang lalu. Kekadang kita bangga apa yang kita usahakan, tapi kebanggaan itu hanyalah menjadi bualan untuk masa yang cukup singkat begitu juga sebaliknya, kita kecewa dan rasa rendah diri setelah apa yang diusahakan, gagal. Kegagalan ini juga akan menjadi bualan yang singkat pada orang lain berbanding dengan kita yang akan terus terkenangkan kegagalan kita yang memakan masa yang lama untuk kita lupakan, mungkin juga kita tidak akan dapat melupakan dan terus tersimpan dalam memori.

Apa ada pada nama?....kalau kejayaan itu mudah dilupakan,
Apa ada pada nama?....kalau kegagalan itu berterusan,
Apa ada pada nama?....Kalau kita ketinggalan,
Apa ada pada nama?....Kalau hanya sekadar nama.....

" Tahniah untuk anda di atas kejayaan, serta usaha yang gigih serta komitmen yang anda berikan ". Itulah kata-kata hikmat yang sering diberikan kepada saya dan rakan-rakan apabila sesuatu kejayaan dihasilkan.

Saya masih ingat lagi isteri tersayang berkata " untuk apa abang kerja sungguh2, kalau sumbangan tak dihargai, melambung tinggi ke langit bila dipuji, jatuh terduduk tak ada sesiapa yang peduli ". Ada betulnya kata isteri saya itu. Tapi saya masih lagi begini,...... kerja,....kerja....,kerja.... dan.... terus bekerja, untuk apa? Adakah kerana pendapatan bulanan bagi menampung perbelanjaan keluarga dan harian, adakah kerana glamour, adakah kerana pangkat, atau adakah kerana kuasa?..........Semuanya adalah kerana Amal Jariyah kerna Allah SWT. Biar dikata, dicerca, dikeji, dicaci, dikutuk, dihina etc...yang penting KITA KENA KUAT.