Friday, October 15, 2010

2232

Bukannya nombor bertuah. Tetapi inilah nombor yang membawa kepada padah dan parah di KM 223.2. Berita kemalangan yang yang telah menyentap korban 12 nyawa dan membawa penderitaan serta trauma kepada mangsa dan keluarga mereka dan rakyat Malaysia amnya. Salam takziah dan sedekah al-Fatihah buat yang telah pergi kehadrat Illahi.
Yang pergi biarlah pergi tetapi kita yang masih di sini sering menuding jari menunjuk kepada pihak-pihak yang tertentu di atas tragedi tersebut. Boleh dikatakan semua yang pihak yang yang terlibat dengannya ingin mencari punca bagaimana tragedi tersebut berlaku. Dari syarikat pengangkutan, individu hingga ke faktor jalanraya dan cuaca menjadi perkiraan. Akhirnya pelbagai kesimpulan diperolehi. Adakah berpunca dari kecuaian pemandu, kerosakan kenderaan, ketidaksempurnaan permukaan jalan, keadaan cuaca atau kelemahan pihak penguatkuasa.
Yang mana satu adalah punca sebenar yang sering berlaku tragedi seperti ini?
Kalau kita buat kajian ke atas faktor jalanraya, Saya rasa jalanraya di negara kita ini boleh dikatakan ada ranking dalam carta popular di antara jalan-jalan yang terbaik di dunia agaknya. Penyelenggaraan lebuhraya sentiasa dipantau. Kalau setakat jalan-jalan dlm dan luar bandar yang ada berkudis tu memang dah menjadi kebiasaan kita melihatnya. Satu pengiktirafan buat penggendali seluruh lebuhraya di Malaysia. Tak mungkin faktor jalanraya yang menjadi punca utama kemalangan tersebut.
Mungkin juga faktor cuaca yang menjadi puncanya. Keberangkalian ini mungkin boleh diterima sebagai salah satu punca kemalangan jalanraya. Keadaan yang panas dek dipanah sang mentari boleh meletihkan penglihatan yang boleh membawa kepada terlena seterusnya menjadi punca kemalangan. Begitu juga pemanduan sebelah malam, ramai yang berpendapat memandu malam lebih selesa. Tetapi disebalik keselesaan itu juga membuatkan ramai yang menjadi mangsa juga akibat terlena kerana kesejukkan serta panahan lampu-lampu dari arah yang bertentangan. Kalau dalam keadaan hujan renyai atau lebat juga adlah puncanya, jalan licin serta pandangan yang kabur dek limpahan hujan@kabus.
Penyelenggaraan kenderaan yang kurang sempurna? Faktor ini juga banyak menyumbang kepada kemalangan jalanraya. Tak perlulah dihuraikan panjang lebar perkara ini. Semua pengguna jalanraya telah maklum tentangnya.
Bagaimana pula tentang penguatkuasaan undang-undang. Peraturan dan undang-undang jalanraya telah lama digubal dan dilaksanakan. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk mendisiplinkan para pemandu di negara kita. Cuba belajar mengikut peraturan, sekurang2nya ia dapat juga mengelak dari berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Kesimpulan yang dapat dibuat dari kesemua faktor di atas dapat dirumuskan dan jawapan yang paling mudah bagi menangani masalah ini adalah sangat mudah iaitu sikap pemandu itu sendiri. Berdisiplin, beretika, cermat dan menghargai nyawa serta bertanggungjawab ke atas kenderaan masing-masing dapat menghindarkan kita dari kemalangan. Inilah punca utama kemalangan jalanraya. Kenderaan milik kita tetapi jalanraya bukan milik kita. Berhati-hati di jalanraya bukan bermati-mati di jalanraya. Laju tidak membawa padah, terlaju mungkin........

No comments: