Monday, August 23, 2010

KALAU TAK ADA DUIT JANGAN MATI

Teringat kata-kata kawan saya seorang lelaki berbangsa cina Ah Kok namanya. Dia menceritakan kepada saya bagaimana perjalanan hidupnya. Hidup dalam keluarga yang serba-serbi kekurangan. Awal zaman persekolahannya, setiap pagi seawal jam 5.00 pagi dia akan ke pasar borong Selayang untuk bekerja sebagai kuli "tolak" tong ikan. Kerja2 itu biasanya akan selesai l/kurang jam 8.00 pagi. Taukeh tu akan beri dia beberapa ekor ikan dan sayur dan sedikit upah atas keringatnya. Dengan senang hati dia balik ke rumah bersama buah tangan dan upahnya diberi kepada ibunya. Kemudian ke sekolah. Dan di setiap hari waktu persekolahannya pasti akan tertinggal 2 waktu. Mana tidaknya sampai ke sekolah jam 9.00pagi.
Kalau dah tiap-tiap hari hadir ke sekolah lambat, suatu hari pengetua panggil beliau untuk bertanya akan halnya datang ke sekolah lambat selalu. Maka kawan saya pun dengan jujur dan lurusnya pun menjawab " Cikgu! saya olang susah, hali-hali pagi kena keleje, saya kena bagi wang dan makan pada keluarga, kalau cikgu nak belentikan saya ape boleh buat. Belajar pun saya tilak pandai ". Mendengar jawapan itu, almaklum ajelah, cikgu pun tyerpaksalah kena faham. Hanya nasihat sahaja yang dapat diberikan kepada kawan saya itu.
Dia akhirnya berhenti sekolah ketika berada di tingkatan 1. Selepas itu berbagai-bagai kerja dilakukannya untuk menyara keluarganya yang telah kehilangan bapa. Sehinggalah beliau berumur 19 tahun, adalah seseorang yang sebangsanya telah mengambil beliau bekerja di sebuah premis menjual barang kemas. Beliau bekerja sebagai jurujual. Dari situ beliau belajar dan belajar bekerja dan bekerja dengan jujur dan amanah. Melihat akan kerajinan dan kejujuran beliau bekerja, bossnya itu telah mengeluarkan modal sedikit dan menyuruh rakan saya itu membuka perniagaannya sendiri. Dari masa ke semasa, bulan ke bulan, tahun ke tahun, kini beliau telah berjaya menjadi seorang pengusaha barang kemas yang boleh dikatakan berjaya. Kalau duku jalan kaki, kini kereta berlambang bintang, kalau dulu rumah disewa, kini memiliki rumah kecil dari istana. Katannya, " bukan senang mau senang", sekalang ni kalau tak ale wang lebih baik jangan mati, pasai mati bagi olang cina, mau belanja l/kulang RM100 libu wo! Abang wa balu mati belanja lekat-lekat RM100 libu." Itulah kata2 hikmat dia. So bagi kita umat Islam, kalau tidak cukup amalan dan jariahnya, kalau diizinkan Allah SWT, minta dan berdoalah padaNya agar jangan diambil nyawa kita. Insyaallah

2 comments:

Apize said...

satu cerita tentang pengalaman yg boleh dijadikan iktibar. teruskan berblog abg!

Haron said...

Apize,
kongsi pengalaman apa salahnya.