Friday, October 15, 2010

2232

Bukannya nombor bertuah. Tetapi inilah nombor yang membawa kepada padah dan parah di KM 223.2. Berita kemalangan yang yang telah menyentap korban 12 nyawa dan membawa penderitaan serta trauma kepada mangsa dan keluarga mereka dan rakyat Malaysia amnya. Salam takziah dan sedekah al-Fatihah buat yang telah pergi kehadrat Illahi.
Yang pergi biarlah pergi tetapi kita yang masih di sini sering menuding jari menunjuk kepada pihak-pihak yang tertentu di atas tragedi tersebut. Boleh dikatakan semua yang pihak yang yang terlibat dengannya ingin mencari punca bagaimana tragedi tersebut berlaku. Dari syarikat pengangkutan, individu hingga ke faktor jalanraya dan cuaca menjadi perkiraan. Akhirnya pelbagai kesimpulan diperolehi. Adakah berpunca dari kecuaian pemandu, kerosakan kenderaan, ketidaksempurnaan permukaan jalan, keadaan cuaca atau kelemahan pihak penguatkuasa.
Yang mana satu adalah punca sebenar yang sering berlaku tragedi seperti ini?
Kalau kita buat kajian ke atas faktor jalanraya, Saya rasa jalanraya di negara kita ini boleh dikatakan ada ranking dalam carta popular di antara jalan-jalan yang terbaik di dunia agaknya. Penyelenggaraan lebuhraya sentiasa dipantau. Kalau setakat jalan-jalan dlm dan luar bandar yang ada berkudis tu memang dah menjadi kebiasaan kita melihatnya. Satu pengiktirafan buat penggendali seluruh lebuhraya di Malaysia. Tak mungkin faktor jalanraya yang menjadi punca utama kemalangan tersebut.
Mungkin juga faktor cuaca yang menjadi puncanya. Keberangkalian ini mungkin boleh diterima sebagai salah satu punca kemalangan jalanraya. Keadaan yang panas dek dipanah sang mentari boleh meletihkan penglihatan yang boleh membawa kepada terlena seterusnya menjadi punca kemalangan. Begitu juga pemanduan sebelah malam, ramai yang berpendapat memandu malam lebih selesa. Tetapi disebalik keselesaan itu juga membuatkan ramai yang menjadi mangsa juga akibat terlena kerana kesejukkan serta panahan lampu-lampu dari arah yang bertentangan. Kalau dalam keadaan hujan renyai atau lebat juga adlah puncanya, jalan licin serta pandangan yang kabur dek limpahan hujan@kabus.
Penyelenggaraan kenderaan yang kurang sempurna? Faktor ini juga banyak menyumbang kepada kemalangan jalanraya. Tak perlulah dihuraikan panjang lebar perkara ini. Semua pengguna jalanraya telah maklum tentangnya.
Bagaimana pula tentang penguatkuasaan undang-undang. Peraturan dan undang-undang jalanraya telah lama digubal dan dilaksanakan. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk mendisiplinkan para pemandu di negara kita. Cuba belajar mengikut peraturan, sekurang2nya ia dapat juga mengelak dari berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Kesimpulan yang dapat dibuat dari kesemua faktor di atas dapat dirumuskan dan jawapan yang paling mudah bagi menangani masalah ini adalah sangat mudah iaitu sikap pemandu itu sendiri. Berdisiplin, beretika, cermat dan menghargai nyawa serta bertanggungjawab ke atas kenderaan masing-masing dapat menghindarkan kita dari kemalangan. Inilah punca utama kemalangan jalanraya. Kenderaan milik kita tetapi jalanraya bukan milik kita. Berhati-hati di jalanraya bukan bermati-mati di jalanraya. Laju tidak membawa padah, terlaju mungkin........

Monday, August 23, 2010

KALAU TAK ADA DUIT JANGAN MATI

Teringat kata-kata kawan saya seorang lelaki berbangsa cina Ah Kok namanya. Dia menceritakan kepada saya bagaimana perjalanan hidupnya. Hidup dalam keluarga yang serba-serbi kekurangan. Awal zaman persekolahannya, setiap pagi seawal jam 5.00 pagi dia akan ke pasar borong Selayang untuk bekerja sebagai kuli "tolak" tong ikan. Kerja2 itu biasanya akan selesai l/kurang jam 8.00 pagi. Taukeh tu akan beri dia beberapa ekor ikan dan sayur dan sedikit upah atas keringatnya. Dengan senang hati dia balik ke rumah bersama buah tangan dan upahnya diberi kepada ibunya. Kemudian ke sekolah. Dan di setiap hari waktu persekolahannya pasti akan tertinggal 2 waktu. Mana tidaknya sampai ke sekolah jam 9.00pagi.
Kalau dah tiap-tiap hari hadir ke sekolah lambat, suatu hari pengetua panggil beliau untuk bertanya akan halnya datang ke sekolah lambat selalu. Maka kawan saya pun dengan jujur dan lurusnya pun menjawab " Cikgu! saya olang susah, hali-hali pagi kena keleje, saya kena bagi wang dan makan pada keluarga, kalau cikgu nak belentikan saya ape boleh buat. Belajar pun saya tilak pandai ". Mendengar jawapan itu, almaklum ajelah, cikgu pun tyerpaksalah kena faham. Hanya nasihat sahaja yang dapat diberikan kepada kawan saya itu.
Dia akhirnya berhenti sekolah ketika berada di tingkatan 1. Selepas itu berbagai-bagai kerja dilakukannya untuk menyara keluarganya yang telah kehilangan bapa. Sehinggalah beliau berumur 19 tahun, adalah seseorang yang sebangsanya telah mengambil beliau bekerja di sebuah premis menjual barang kemas. Beliau bekerja sebagai jurujual. Dari situ beliau belajar dan belajar bekerja dan bekerja dengan jujur dan amanah. Melihat akan kerajinan dan kejujuran beliau bekerja, bossnya itu telah mengeluarkan modal sedikit dan menyuruh rakan saya itu membuka perniagaannya sendiri. Dari masa ke semasa, bulan ke bulan, tahun ke tahun, kini beliau telah berjaya menjadi seorang pengusaha barang kemas yang boleh dikatakan berjaya. Kalau duku jalan kaki, kini kereta berlambang bintang, kalau dulu rumah disewa, kini memiliki rumah kecil dari istana. Katannya, " bukan senang mau senang", sekalang ni kalau tak ale wang lebih baik jangan mati, pasai mati bagi olang cina, mau belanja l/kulang RM100 libu wo! Abang wa balu mati belanja lekat-lekat RM100 libu." Itulah kata2 hikmat dia. So bagi kita umat Islam, kalau tidak cukup amalan dan jariahnya, kalau diizinkan Allah SWT, minta dan berdoalah padaNya agar jangan diambil nyawa kita. Insyaallah

Friday, August 20, 2010

SUSAHNYA

Ish!..susahnya nak memuaskan hati orang. Apa cara agaknya ye. Bagi duit, bagi hadiah, tolong pikul, tolong punggah, tolong alih, tolong kemas, tolong selesaikan.....eeeeeeee! macam2lah. Itu pun kena sumbu.
Bagi duit....tak cukup pulak, nak lebih sikit
Bagi hadiah....kechik sangat, nak yang besar punya
Tolong pikul...fuuuh banyaknya, berat lak tu
Tolong alih....fuuuh serupa juge, macam2 nak dialihnya
Tolong kemas...bersepahnya, merata-rata macam tongkang pecah
Tolong selesaikan....macam mana pulak ni, hentam sajelah
eeeeeeee!!!...buatlah juga, supaya dapat memuaskan hati orang
Tapi manusia ni kekadang macam melepaskan anjing tersepit. Dahlah kita tolong dia, terima kasih pun tidak malah hendak dimakinya kita. Dipanggil kita datang, disuruh kita pergi. Itu pun masih tak puas lagi...Abih cam mano?

Tuesday, August 17, 2010

LUPA, SESAT DAN HILANG

Manusia dicipta dan dilahirkan ke muka bumi ini semuanya telah tersurat di loh mahfuz. Ketentuan ini mesti diterima oleh semua insan yang berpegang teguh pada agama yang satu. Akan tetapi DIA Maha Adil, ketetapan yang telah ditetapkan ini mungkin akan berubah, itupun jika insan itu berupaya dan berusaha untuk mengubahnya. Segala-galanya dengan kuasaNya. Kita sebagai insan yang menumpang di alam ini jangan mudah lupa dan sesat serta hilang arah pedoman yang telah diberikan olehNya. Hanya yang berhati kental, yang berusaha, sabar serta selalu bersyukur yang akan memperolehinya.
Alangkah beruntungnya insan itu jika tida lupa, sesat dan hilang dalam mengharungi badai, menyelam isi kandung kehendakNya, meneroka bidangNya serta menghambakan diri padaNya. Syurga dunia janji manusia, Syurga akhirat janjiNya. Insan jangan mudah lupa, sesat dan hilang arah untuk memiliki janjiNya. Mudah alpa, terpegun dengan neon yang berwarna, terhibur dengan rentak yang disajikan oleh yang dikutukanNya akan membawa kepada kesesatan dan hilang dalam mencari punca.
Jika terlupa, cuba renungkan kembali. Jika tersesat kembali ke pangkal jalan dan jika hilang, berusahalah untuk mendapatkannya. Janji Dia benar belaka, tiada was-was serta keraguan. Insyaallah.

Tuesday, August 10, 2010

PEMIMPIN YANG KENA PIMPIN

SI LUNCAI
TU CERITA DONGGENG, AKAN TETAPI ADA KEBENARANNYA, KESAN DARI CERITA LUNCAI TELAH PUN BERLAKU. ZAMAN ERA GLOBAL INI MASIH LAGI WUJUD PASAL SI LUNCAI, PAK KADOK, WAK KORDI DAN BERBAGAI-BAGI LAGI WATAK SEUMPAMANYA. WATAK-WATAK INI JUGALAH YANG MENJADI IDOLA KEPADA SESETENGAH PEMIMPIN KITA. DUDUK DI KERUSI EMPOK, BERHAWA DINGIN DI TAHAP BEKU DAN ADA PULA BIDADARI YANG MENJADI PENGIRINGNYA. BILA SESUATU ISU TIMBUL, MEREKA INI MACAM PAHAT YANG DIPUKUL. SEKALI KETUK SEKALI ITULAH "BERJALAN". MACAMMANALAH PAHAT NAK TUMPUL, PASAL KERJA TAK BERJALAN. ADA PULA DI KALANGAN MEREKA INI MACAM ORANG-ORANG YANG TERPANDAI, WALHAL SESUATU ISU ITU TELAH DITAKLIMATKAN TERLEBIH DAHULU, DIA LEBIH ADVANCE, MASA TULAH JUGA BARU NAK TANYA "HELLO BRO MACAM MANA NAK SELESAIKAN" WA TAK PANDAI. LEPAS DIBERIKAN PENERANGAN BAGAIMANA NAK MENGATASINYA OLEH ORANG-ORANG KANAN DAN KIRINYA, DENGAN BANGGANYA DIA TAMPIL KE HADAPAN KONONNYA SEBAGAI HERO " THE PEACE MAKER ". LEPAS TU, DIA POINT THE FINGER TO OTHERS :" HEI YOU ALL TAK PANDAI BUAT KERJA KE?, MAKAN GAJI BUTA, NO SCHOOL U DAN BERMACAM-MACAM LAGI ". INILAH DIA PEMIMPIN YANG KENA PIMPIN, SEPERTI MELEPASKAN A@#$%G YANG TERSEPIT.

Tuesday, August 3, 2010

Kitaran Kehidupan

Semua insan di alam ini menyimpan sesuatu cita. Sama ada dalam kehidupan seharian, keluarga, sahabat handai, kerjaya, hidup dan mati. Tetapi adakah setiap cita-cita dan kemahuan kita itu dapat diperolehi, atau akan berlaku yang sebaliknya. Cita-cita mungkin akan tercapai dan kekecewaan serta kegagalan juga akan berlaku. Kata orang kita hanya mampu merencana tapi Qada' dan qadar Allah SWT sahaja yang menentukan. Apa yang paling penting adalah usaha selebihnya tawakkal(doa)kepadaNya. Ada masanya kita akan berada di puncak tetapi janga lupa merenung bagaimana pula jika kita berada di bawah. Merenung seketika ke bawah adalah sangat penting supaya kita akan dapat mengatasi sekirannya ketentuan Allah SWT menghendakinya. Bersedia sebelum terjadi @ sediakan payung sebelum hujan.

Friday, April 2, 2010

Ramlee, Aziz dan Sudin

P.Ramlee, Aziz Satar dan S. Samsudin, tiga nama yang popular di kalangan masyarakat melayu, India, Cina dan lain-lain kaum dalam Malaysia dalam lakonan filem mereka. Setiap filem mereka membawa mesej yang tersendiri. Kalau diamati, kesemua ceritanya membawa kepada pengajaran kehidupan manusia dahulu, kini dan masa yang akan datang. Saya teringat masa zaman remaja, apabila menonton filem2 mereka, saya akan hanya ketawa sahaja. Tetapi kini setelah menonton filem2nya, saya akan mula memikirkan keseluruhan watak, cerita dan mesej yang disampaikan. Mari kita fikir dan renungkan kembali. Terdapat banyak petua, nasihat dan pengajaran di dalamnya. Dan terpulanglah kepada individu untuk menilai dan membuat persepsi mengenainya.

Wednesday, February 3, 2010

KEJOHANAN BOWLING PLK PDRM-UiTM

Pada 11/02/2010 jam 12.00Tgh akan berlangsung kejohanan bowling anjuran PLK PDRM-UiTM bertempat di Bangi Bowling Center, Plaza 63, Taman Sungai Besi, Kuala Lumpur. Yuran pendaftran RM50/= saja, kalau nak bagi lebih pun boleh. Bagi yang berminat adalah dialu-alukan.
Nasihat dari penganjur :-
Buat persediaan fizikal. Yang paling penting persediaan mental. Pastikan tidak ada peserta 'longkang'. Juara 'longkang' tidak diiktiraf.
Petua dari penganjur :-
Kalau rasa2 tak yakin, buat latihan dengan buah kelapa dan pinnya gunakanlah botol-botol mineral yang terpakai.
Amaran dari pengajur :-
Jangan bagi alasan tak dapat hadir. Kehadiran diwajibkan.

JANGAN SAMPAI HATI MENJADI BATU

Berubah itu susah. Tapi cubalah menerima perubahan. Walau tidak banyak, secubit pun jadilah. Sikit2 lama-lama menjadi bukit, bukannya untuk kaya tapi untuk berubah. Belakang parang diasah, lama2 tajamlah ia. Bukan tujuan untuk mengiris hati, tapi untuk mengikis hati yang telah menjadi keras umpama batu. Biarlah seperti menggolek durian dan timun, bergolek kena, menggolek pun kena, bukan untuk diluka tapi cubalah merasa apa yang orang lain rasa. Belajarlah menjadi insan yang serba kekurangan, bukannya kurang harta. Menilai hati, supaya tidak menjadi mati. Jangan biarkan hati menjadi "tanggang", yang rugi diri sendiri. Beralah bukan bererti kalah.

Thursday, January 28, 2010

SATU vs SATU yang kecundang TIGA

Salam kepada semua blogger. Lama sudah ketinggalan,...apakan daya sibuk sikit. Tetapi taklah sesibuk PM Malaysia.Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih semua fasilitator kerana telah berjaya menganjurkan kem motivasi di Pulau Lagenda yang bermula dari 17/01/10 hingga 21/01/10. Semua persiapan/aturcara program telah dapat dijalankan dengan lancar atas usaha rakan-rakan senior PLK.

Apa yang hendak saya kongsikan di sini adalah ingin membuat kesimpulan beberapa kelemahan yang ketara telah berlaku di sepanjang program ini dijalankan. Diantaranya seperti tajuk catatan saya. Ianya bermaksud jangan tuding SATU jari pada orang lain kerana TIGA jari lagi akan menghala kepada kita. Kemungkinan ada di antara kita yang tidak memahami konsep pembelajaran, pengajuran kem motivasi ini juga adalah salah satu bentuk proses pembelajaran. Kesilapan, kesalahan, salahfaham kenyataan telah menjadi tradisi dalam bidang pengajuran. Justeru itu kita cuba belajar cara-cara untuk mengatasinya bersama-sama. Tak perlu hendak menyalahkan antara satu dengan yang lain. Pelajar senior PLK ini terdiri dari peringkat umur yang terlalu muda dan juga yang dah "senja". Bila bercakap, mengkritik atau beri idea perlu ada "lapik", supaya tidak menguris hati orang lain. Orang muda mudah memberontak, cuba renung dan amati bagaimana pelajar "senja" ini berkata-kata. Tersusun elok, berlapik dan tidak memberontak. Ini juga salah satu bentuk pelajaran yang perlu orang muda contohi. Berfikir terlebih dahulu, sebelum menyalahkan orang lain. Bukankan cara ini lebih elok dipraktikkan. Kita ini pelajar senior PLK bukan semuanya perfect. Masing-masing ada kekurangannya.

Saya masih ingat lagi kata-kata hikmat dari our boss semasa perasmian kem motivasi...."ubah", ayatnya pendek tapi hendak melaksanakannya hanya tuhan yang empunya kuasa. Untuk mengubah, berubah, diubah sememangnya sesuatu yang paling sukar untu dilakukan oleh makhluk yang bernama manusia. Apa pun kita kena cuba, samada diubah oleh orang lain atau kita sendiri mengubahnya. Kalau tak banyak sedikit pun jadilah. Yang penting kita mahu berubah. So, setiap pandangan dan nasihat yang diberikan oleh orang lain kepada kita, kena terima dan timbang-timbangkanlah. Kita tidak nampak kelemahan kita, tetapi orang lain nampak. Oleh itu kita perlukan juga bantuan orang lain untuk memperbaikinya.

For the next programe try to conduct it as best as you can. Saya percaya kita semua boleh lakukan dengan baik. Baiki kelemahan yang ada dan cuba beri pandangan anda. Sepuluh kepala adalah lebih baik dari satu. Hilangkan title egois, bodoh sombong, berlagak dan title-title yang seangkatannya dari dalam diri kita. Low-profile pun tak sesuai dalam keadaan ini. Try to be a very-very important person among us but not to be a glamourous person around us. Terima Kasih untuk anda semua dan maaf dari saya. Yang baik datangnya dari Allat AWT, dan yang buruk itu datang dari saya insan yang lemah dan serba kekurangan. Wassalam.