Monday, September 28, 2009

KASIHAN TOK MAT DAN NEK SOM

Hari raya pertama bersama keluarga pulang ke kampung di Melaka. Pastinya orang pertama yang ingin kita jumpa ialah kedua ibubapa. Mohon ampun dan maaf dari mereka. Dalam pada itu terfikir di kepala apa khabar agaknya Tok Mat dan Mak Som. Tiada pertanyaan terhadap mereka. Aku melintas di hadapan rumahnya, suasana senyap dan sunyi. Tidak kelihatan anak2 dan cucu2nya. Pintu rumah bertutup rapat. Mungkin tiada di rumah kot? Atau mungkin mereka pergi beraya di rumah saudara mara. Kebiasaannya pada setiap kali aku bercuti dan musim perayaan, aku akan bertandang ke rumah mereka untuk bertanyakan khabar. Rasa tak sedap di hati, dan aku tanyakan tentang mereka kepada orang tuaku. Rupa2nya, mereka berdua kini uzur. Tiada daya berjalan dan makan dengan sempurna. Itulah yang dikhabarkan kepadaku oleh orang tua. Dua hari kemudian, selepas solat maghrib di surau, aku lintas dan singgah ke rumah mereka dan berjumpa dengan anak sulung Tok Mat. Dipelawanya aku masuk ke dalam bilik Tok Mat dan Nek Som, hiba rasa hati melihat Tok Mat sedang membelek2 ubat dan Nek Som cuma terbaring di atas katil. Dapat lagi kita berjumpa, kata Tok Mat. Aku dakap Tok Mat tanpa suara dan merenung mata Nek Som. Tahun lalu Nek Som sihat walafiat. Badan berisi. Tapi kini Nek Som, kurus dan Tok Mat, mata dah rabun serta telinga kurang dengar. Menitis air mata melihat keadaan mereka. Terkenangkan Tok Mat yang banyak bercerita tentang keluargaku yang pemurah dan baik hati serta terkenangkan banyak nasihat2 berguna kepadaku semasa era bujang satu ketika dulu. Inilah salah satu orang tua yang hanya tinggal di kampungku, yang lain telah ramai kembali ke rahmahtullah.
Terkeluar dari mulut Tok Mat, meluahkan rasa kecewa tentang anak lelakinya yang ketiga, umurnya 43 tahun cuma senior 2 tahun denganku. Anaknya ini adalah rakanku semasa di kampung. Menjalankan perniagaan kecil2an menjual buah2an dan bekerja sebagai "jaga" di sekolah berhampiran kampung. Menetap di belakang rumah Tok Mat. Apa yang menyedihkan rakanku ini telah berumahtangga dan dikurniakan 6 orang anak tapi kini telah berpisah. Kini hidupnya tidak tentu arah tujuan. Kata Tok Mat inilah akibat dari doa seorang ayah untuk anaknya, yang tak mengenang budi. Pernah satu ketika Tok Mat minta RM20 untuk belanja minum dan rokok, tapi anaknya menolak dengan alasan tak ada duit. Tetapi bila abang iparnya minta RM30...dengan segera dihulurkan. Depan Tok Mat perkara ini berlaku...Tok Mat hanya mampu menggelengkan kepala mengenangkan sikap anaknya. Kasihan Tok Mat dan Nek Som. Aku cuma mampu berdoa dan nasihatkan Tok Mat dan Nek Som berbanyakkan sabar dan beroda sentiasa. Insyaallah akan terbuka hatinya...

2 comments:

kakkoi6779 said...

A'kum
Raya tidak akan bererti pabila menyambutnya tanpa ibubapa disisi, kepada yg masih mempunyai ibubapa haruslah menghargainya.
Sesunggu ramai warga muda sekarang telah melupainya.
Kepada anak2 Tok Mat & Nek Som, pintu taubat masih terbuka untukmu.

aimanarif said...

salam.. baguslah gi lawat Tok Mat & Nek Som. kesiannya..sampai hati anak dia buat mcm 2..lahir dan berjaya x guna kalau x reti hargai pengorbanan ibubapa.. sedihlah..mmm