Thursday, January 28, 2010

SATU vs SATU yang kecundang TIGA

Salam kepada semua blogger. Lama sudah ketinggalan,...apakan daya sibuk sikit. Tetapi taklah sesibuk PM Malaysia.Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih semua fasilitator kerana telah berjaya menganjurkan kem motivasi di Pulau Lagenda yang bermula dari 17/01/10 hingga 21/01/10. Semua persiapan/aturcara program telah dapat dijalankan dengan lancar atas usaha rakan-rakan senior PLK.

Apa yang hendak saya kongsikan di sini adalah ingin membuat kesimpulan beberapa kelemahan yang ketara telah berlaku di sepanjang program ini dijalankan. Diantaranya seperti tajuk catatan saya. Ianya bermaksud jangan tuding SATU jari pada orang lain kerana TIGA jari lagi akan menghala kepada kita. Kemungkinan ada di antara kita yang tidak memahami konsep pembelajaran, pengajuran kem motivasi ini juga adalah salah satu bentuk proses pembelajaran. Kesilapan, kesalahan, salahfaham kenyataan telah menjadi tradisi dalam bidang pengajuran. Justeru itu kita cuba belajar cara-cara untuk mengatasinya bersama-sama. Tak perlu hendak menyalahkan antara satu dengan yang lain. Pelajar senior PLK ini terdiri dari peringkat umur yang terlalu muda dan juga yang dah "senja". Bila bercakap, mengkritik atau beri idea perlu ada "lapik", supaya tidak menguris hati orang lain. Orang muda mudah memberontak, cuba renung dan amati bagaimana pelajar "senja" ini berkata-kata. Tersusun elok, berlapik dan tidak memberontak. Ini juga salah satu bentuk pelajaran yang perlu orang muda contohi. Berfikir terlebih dahulu, sebelum menyalahkan orang lain. Bukankan cara ini lebih elok dipraktikkan. Kita ini pelajar senior PLK bukan semuanya perfect. Masing-masing ada kekurangannya.

Saya masih ingat lagi kata-kata hikmat dari our boss semasa perasmian kem motivasi...."ubah", ayatnya pendek tapi hendak melaksanakannya hanya tuhan yang empunya kuasa. Untuk mengubah, berubah, diubah sememangnya sesuatu yang paling sukar untu dilakukan oleh makhluk yang bernama manusia. Apa pun kita kena cuba, samada diubah oleh orang lain atau kita sendiri mengubahnya. Kalau tak banyak sedikit pun jadilah. Yang penting kita mahu berubah. So, setiap pandangan dan nasihat yang diberikan oleh orang lain kepada kita, kena terima dan timbang-timbangkanlah. Kita tidak nampak kelemahan kita, tetapi orang lain nampak. Oleh itu kita perlukan juga bantuan orang lain untuk memperbaikinya.

For the next programe try to conduct it as best as you can. Saya percaya kita semua boleh lakukan dengan baik. Baiki kelemahan yang ada dan cuba beri pandangan anda. Sepuluh kepala adalah lebih baik dari satu. Hilangkan title egois, bodoh sombong, berlagak dan title-title yang seangkatannya dari dalam diri kita. Low-profile pun tak sesuai dalam keadaan ini. Try to be a very-very important person among us but not to be a glamourous person around us. Terima Kasih untuk anda semua dan maaf dari saya. Yang baik datangnya dari Allat AWT, dan yang buruk itu datang dari saya insan yang lemah dan serba kekurangan. Wassalam.