Monday, August 31, 2009

ENGKAU TAHU TAK?....AKU PUN TAK TAHU...

Encik semuanya dah saya diuruskan. Bagus terima kasih. Engkau dah tanya drebar bas tu, dia ada bawa duit tak? Belum lagi. Kenapa tak tanya! nanti sampai sana dia nak makan apa. Pergilah tanya....Engkau tahu tak? Aku pun tak tahu.
Drebar lori macam mana? Saya dah uruskan semuanya. Bagus terima kasih. Engkau dah tanya drebar lori tu, dia ada bawa duit tak? Belum lagi. Pergilah tanya, kalau tak ada duit dia nak makan apa!....Engkau tahu tak? Aku pun tak tahu..
Apalah engkau ni semuanya tak tahu, PR kena baguslah. Baru orang kata, berbudi bahasa juga budak ni. Penat berbaloi beb.

MANA PFD?


Barulah kita tahu betapa pentingnya subjek outdoor recreation ni. Ada masanya kita lupa bahawa nyawa manusia tu amat berharga. Tiada ternilai dengan wang ringgit. Alhamdulillah, kerana kita masih lagi boleh menikmati kehidupan di dunia ini. Keselamatan harus diutamakan, keseronokan perkara yang yang boleh di adakan. kesal dulu pendapatan, kesal kemudian tiada gunanya.

MAJLIS BERBUKA PUASA

Dengar sini semua orang kampung, orang kampung semua dengar sini...Kami PLK-PDRM ingin menjemput semua pensyarah, Fasilitator FSR, staff dan sesiapa yang berkenaan hadir ke majlis berbuka puasa pada 6/9/09 jam 7.00petang di Restoran Dato Sri Muhammad Ali Rengan, Kg. Cheras Baru, KL ( laluan ke rumah En.Mohd Sadek-co-ordinator PLK ). Tuan/Puan, Saudari/saudari adalah dijemput untuk membawa suami/isteri serta anak2 ke majlis tersebut. Mohon sahkan kehadiran Tuan/Puan selewat2nya pada hari Selasa 1/9/09 untuk memudahkan penyusunan majlis tersebut. Sila hubungi En. Mohd sadek, En. Hisyam dan En. Ali

AMBIL BERKAT


Bila lihat gambar ni teringat pula kenangan masa makan kat final camp. " orang yang di kanan, suap makanan ke mulut kawan sebelah kanan " kata PPT. tapi yang jadi masalahnya, cuba perhatikan hero saya yang sebelah kiri, anda tahu kenapa dia tak mahu suap kakak sebelah kanan, sebab dia takut nak suap KFC, kalau suap dah tentu kakak tu ngap habis, pasal mulut dia besar. Ayam goreng KFC ketika tu terhad, sorang seketul aje...tulah pasal. Dah tak toleh kiri dan kanan lagi.

18 YANG TERBAIK

selama hampir empat tahun saya bersama mereka. Pahit, manis, kelat, masin, tawar dan payar kami lalui bersama. Meski pun kita datang dari bahagian yang berbeza, dari jantina yang dua, dari umur yang muda hingga ke tua, dari daya pemikiran yang berbeza semuanya memikul tanggungjawab dan mengejar cita2 yang berbeza. Namun dapat dilihat dan dirasai bahawa kerjasama yang erat antara satu sama lain terserlah ketika berada di Final Camp Pulau Kapas, Terengganu.Tahniah untuk anda dan saya. Tak dapat dinafikan terdapat sedikit salah faham dan beberapa tingkahlaku yang kurang menyenangkan berlaku di antara kita. Namun semuanya berjaya diatasi dan diselesaikan dengan baik. Sehingga saat ini belum ada lagi insiden2 atau perkara2 yang tidak menyenangkan. Kalau ada pun kami pohonkan kemaafan dan tunjuk ajar yang bermunafaat bagi kita. Tidakkah anda merasa, betapa kasihannya isteri, suami dan anak-anak kita, setiap kali hujung minggu tiada masa untuk mereka, kalau ada masa pun, semuanya kita tumpukan pada kerjaya. Besar sungguh pengorbanan mereka pada kita. Saya menyeru pada kekawan dan pada diri saya sendiri, jangan hampakan mereka dan diri sendiri. Percaya pada diri, kita kena kuat untuk tunjukkan pada anak2, adik, pada rakan2 pada saudara2, yang kita kuat dan masih kuat untuk segala-gala. Dan jangan ambil MC @ terlibat dengan operasi, minggu depan kita jumpa....abseiling lah hwa.hwa.hwa

SIAPA YANG EMPUNYA KASUT?


Kekadang kita terlupa bahawa hidup kita ini hanyalah sementara. Dalam masa yang sesingkat inilah mereka lalai dalam kehidupan dunia. Ada yang tak pernah sekali menangis dalam hidup mereka dan tak pernah mahu mengenal apa itu tangisan. Belum terlambat lagi kalau hendak mempelajari apa itu kesusahan dan kesedihan yang membawa kepada tangisan. Terima kasih pada En. Norasruddin dan our boss, saya masih ingat lagi mereka kata, kita gembira pasal ada kasut yang hendak disarung. Tapi bagaimana dengan perasaan orang lain yang tak ada kaki tapi teringin nak pakai kasut. Belajarlah bersyukur dengan apa yang ada pada kita. Kalau kita rasa kita susah, masih ada diluar sana orang yang lebih susah dari kita. Final Camp bukan sahaja menguji minda dan daya kita, bahkan juga menyuci hati yang terkadang terasa mati.

BOSS....EKSPEDISI MOTO OK KE?


Boss, saya nak bagi cadangan apa kata lepas ni kita buat ekspedisi motosikal. Tak kiralah moto kecil @ moto besar. Sambil2 tu lepas penat bermotosikal, boleh juga dirikan khemah dan buat aktiviti-aktiviti yang lain pulak. Di samping itu juga dapat juga berkempen pada mat and minah rempit di negara kita dan kepada brothers and sisters yang ada di PLK-PDRM tu. Saya hantar wakil tunggal, my juniors untuk jadi marshall lalulintas. Amacam lulus?.....kalau lulus up sikit.

MERDEKA!......BELUM LAGI ANAKKU


Merdeka!...Merdeka!....Merdeka!....Malaysia dah merdeka anakku, cuma ayah yang belum merdeka lagi. Nak merdeka macam mana minggu depan......alahai dia datang lagi. Kalau ada jodoh kita jumpa dia. Abseiling lah pulak.....jangan takut, kalau engkorang takut, aku pun takut juga. Hari tu baru sahut cabaran " ada berani?", knape lah pulak dah tak berani. Minggu depan ada lah pulak yang bagi alasan contohnya M.C, kena Operasi, balik lewatlah, boss tak lepaslah, isteri kena ganggu, suami kena ganggu, tak kan 18 alasan nak bagi kot. Kalau ada 18 belas alasan, apa yang tinggal? Tuan Penasihat........! tolak terus 15%.

TEKSI, BOT TAMBANG, KOLEK TAK ADE KE?


Hei!...lamanya menunggu. Tak ade ke orang yang nak datang menjemput aku pulang? Mungkin belum sampai masanya lagi untuk aku dijemput pulang. Ilmu belum cukup di dada, amal belum cukup sempurna, dosa masih banyak lagi, pahala pula jarang2 diterima, kalau diterima pahala pun, akan ditimbang2 dahulu, kot ada yang tak ikhlas. Renungkanlah sejenak. Selain dok memikirkan lautan dalam yang hendak direnangi, pusingan pulau yang meletihkan, ikhtiar hidup yang mancabar minda dan keimanan.......Dah boleh balik ke?. Kalau tak boleh, nak ambil wuduk dahulu. Masih sempatkah lagi untuk aku membaca surah Yasin di sini.

Burung Murai...Burung apa?.....

Dalam termenung, bala apa lah pulak lepas ni. Pagi tadi dah berkayak, selesai jam 3.30 petang. Lepas tu makan, 5.00 petang masuk pulak. Hai! Tuan Penasihat, pukul berapa lah pulak nak keluar dari sini. Tiba2, jeng..je..jeng, ada pulak sekor Murai datang melawat ke tempat aku. Jinak lak tu, bawah peha aku kau lalu, Kenapa senja2 begini kau datang?. Datang saje besok tak boleh ke?. Berbunyi lah pulak, macam paham2 je apa yang tersirat dalam hati. Kata orang tua dulu2, yang datang tu mungkin bukan Murai, tapi jelmaannya sahaja. Kawan2 aku mula rasa gelisah melihat gelagat dan mendengar aku beri salam pada Murai. Assalamualaikum, maaflah kalau aku ganggu tempat engkau. Bukan aku suka2 nak datang, tapi apa boleh buat, aku dipaksa duduk, tidur, makan dan uuk..uuk di tempat engkau. Jangan risau aku Tak Akan Pandang Belakaaaaang....he.he.he.he

Sunday, August 30, 2009

AMANAT TERAKHIR



Ni nak bagi tau siap-siap, pi sana jangan nak buat tak tentu hala. Kalau terjadi apa-apa, lu orang pikirlah sendiri. Kalau setakat landak laut ka, obor-obor tak apa, ada orang boleh tulong ubat. Tapi kalau kena lain-lain hal, tok moh ada tak?.....kalau tak ada tok moh, panggil saja Tuan Penasihat.......Insyaallah, tolak 5% kot?,pasal menyusahkan.

WAH!... BERSEMANGAT

PULAU KAPAS

Program
Untuk
Lihat
Antara kudrat dan
Usaha

Kita kena kuat
Atau malas dan tewas
Pantang berundur
Alpa kecewa
Sedia sentiasa

HARI INI DALAM SEJARAH

Dah 21 tahun lebih aku berada dalam pasukan, inilah pertama kali aku naik kereta yang jalan atas air milik pasukan aku. Kalau tidak kerana ikhtiar dan usaha kawan-kawan dah tentu tak merasa naik PENYENGAT, pas tu tak kena bayarlah pulak...FOC. Kalau tak dah tentu terbang duit poket. Alhamdulillah. Cuma tempat duduk tak mencukupi, kalau dapat duduk pun aku tak nak, pasal aku nak berdiri dengan megahnya sambil mendabik dada, inilah salah satu cabang organisasi aku. ( Bukannya sombong, Cuma nak bagi tahu....hai orang-orang kampung! inilah pasukan aku. ). Terima kasih buat rakan2 yang bertugas.

123 PALULAH KOMPANG....

Dah sampai rupanya. Apa yang sampai? Kita dah sampai, tapi bukan Pulau Kapas, ini Jeti Chendering lah. Tak ade ke majlis menyambut kedatangan kita? Ade, tapi bukan sekarang,......... tunggulah tahun depan. Mereka kata pulau tu dekat aje dari jeti, boleh nampak pun. Tapi bila dengar ceritanya kita kena kayak dari jeti ke pulau, Ya Allah, kau selamatkan lah dan kekawan yang lain dari takungan air garam yang cukup luas mata memandang. Mak oi! Jaaauhnya. Tak ade ke cara lain?.................ade, berdoa ajelah!...Eh..eh termakbul juga doa, Tuan Penasihat kata tak payah kayak, punggah kayak atas bot. Alhamdulillah, terima kasih bebanyak. Jimat tenaga, dapatlah reward nanti dari TNB.

WONDERPET

Ucapan terima kasih dan syabas kepada saya dan rakan-rakan PLK-PDRM di atas semangat kerjasama yang ditunjukkan bagi menjayakan program amali berkayak di Taman Tasik Shah Alam, Selangor. Pada mulanya yang saya tahu, ada dasas-desus yang mengatakan ada kawan-kawan kita yang ”kencing” semasa membuat persiapan untuk latihan amali tersebut. Tapi perkara ini telah dapat diselesaikan dengan baiknya ekoran sikap kesukarelaan student PLK-PDRM itu sendiri yang secara matang dapat menilai tanggungjawab masing-masing. Kita semua sedia maklum, pelajar matang macam kita ni ada pelbagai masalah yang perlu diselesaikan. Masing-masing sibuk dengan kerjaya dan tanggungjawab ke atas keluarga. Apa yang penting..............betul kata WONDERPET.

ALANGKAH BERTUAHNYA KALAU……..

Manusia memang begitu, kadang-kadang tah tahu nak bersyukur. Dah namanya hidup di bandar mana biasa dengan kehidupan di laut. Bila kena belajar naik kayak, baru nak menyesal, kan baik kalau keluarga aku tinggal di persisir pantai atau di tebing sungai. Bukannya ape, cuma kalau hidup di kawasan begitu, berenang dan bersampan dah jadi perkara biasa dalam hidup sebegitu.
Ini jangankan nak bersampan, pegang dayung pun tak pernah. Nasib akulah kali ni. Nak tukar program lain, tak boleh. Sebab program ni aku yang pilih, dah nak habis pun.. Nak buat macam mana, redah aje lah.
Si Luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan..biarkan kata tuan penasihat. Pandai-pandailah Si Luncai, kayak dah capsize. Nak naik macam mana pulak ni?. Dengan berat badan, perut yang ehem...ehem, larat ke nak sit on top?. Tawakkal kepada Allaw SWT dan usaha. Insyaallah. Kita mesti kuat.( Jangan lupa ayat keramat ini ).

AIR JAMPI UNTUK ELAK WAS-WAS

Tok moh dah bagi tau siap-siap, minggu depan semua sekali kena datang ke kolam renang UiTM dan pakai songkok siap-siap.Ada upacara minum air jampi untuk elak was-was. Dan jangan lupa pakai jaket kalis air yang warna oren, bukan jaket kalis peluru. Tok moh tak de pantang larang, tapi kita ade. Yang paling penting jangan ade kanak-kanak yang melihat upacara ini, Ya Allah, malunya aku kalau depa tengok kita.....takut air

AYAH!....... BUAT APA TU?

” Jangan buat sibuk kat sini. Pergi main jauh-jauh. Ayah sedang sibuk ni”. Kata saya. Dengan muka sardinnya, anak-anak saya berkisut dan beredar. Dengan riak wajah yang kebenggongan dan rasa tidak puas hati dengan kata-kata saya, mereka terus mendapatkan mamanya dan bertanya, ” Ma!...Ayah buat apa tu”? Jawab isteri saya ” Jangan kacau ayah, dia sedang sibuk buat skrip cerita pasal Pulau Kapas kot?”. ” Ayah nak buat dokumentari pasal pulau ke?”. Tanya anak saya lagi. ” Tak ayah Cuma nak cit cat aje dalam blognya”, kata isteri saya.. ” Patutlah sejak kebelakangan ini, ayah asyik belek komputer aje, sampai tak ade peluang kita nak main game ”. Kata anak saya. Dalam hati saya pula berkata, padan muka asyik main game aje, kalau suruh baca buku malas.
Sekarang ni kalau dia orang nak guna komputer, mereka akan tanya dulu samada ayah nak guna komputer ke tidak. Pasai depa dah tau dan tak akan tanya ” Ayah! Buat apa tu?”.

Saturday, August 29, 2009

YANG TERSIMPUL DAN TERLERAI

Kalau manusia biasanya dikaitkan dengan kotak pemikiran. Perihal akal manusia yang kusut di kepala, bersimpul-simpul, dan sampai terbelit.....akhirnya " sound mind ".. tetapi alangkah leganya jika terlerai, maka akan merdekalah hamba sahaya itu...gamaknya. Tapi bukan itu yang dimaksudkan. "apa lah pulak si mamat ni nak merapu"? mungkin itu soalan yang anda akan ajukan pada saya.
Janganlah fikir yang merapu, sebenarnya ini hanyalah muqadimah subjek "knot". Mengaji dah nak khatam, hafal macam ahli tahfiz, tapi bila suruh ikat.......ahai.. ahai... ahai.... ahai...terbelitlah lagi,......ahai.. ahai... ahai.... ahai...terbelitlah lagi....ikat, simpul, ikat, simpul...terlerailah pule. Mulalah kena perli, encik ni layak hanya untuk ikat tali anak kerbau aje. Tuan penasihat! tolong!.....saya bagi 30%, ajar saya buat "knot", amacam setuju? Kalau setuju...Just say enjoyyyyyyyyyy. Tapi jangan marah ha, nanti kena jual.

TAK TAU LAK AMBO

kenape tak bagi tau awal-awal. Kalau ambo tau, dah lama dah ambo kirimkankan. Mungkin tak dengar kata penasihat kot? kalau macam tu kene mula dari awal lah pulak. Kene memorize balik. Ini yang payah, otak dah beku, injin pun jalan cuma tige silinder aje. Tapi ape pong yg terjadi, ambo tak kire...kalau tak buat, tak dapat ganjaran kata penasihat...bukannya 30%, tapi 15%. 15 pun 15 lah. Yang merapu minta tolong... .....perbetulkan, Yang tak ade tu sila adekan, yang tak ade internet bolehlah pinjam kat Welfare Dept.

Monday, August 24, 2009

BAGI TAU SIAP-SIAP

"NI NAK BAGI TAU SIAP-SIAP"....MACAM PERNAH KU DENGAR AYAT NI. SIAPAKAH GERANGANNYA TUAN HAMBA YANG SERING BERTUTUR BEGITU?...APA PUN SELEPAS DARI KAPAS, KITA MUNGKIN TAK AKAN DENGAR AYAT INI LAGI. TERASA RINDULAH PULAK. BUKANNYA APA, KATA ALLAHYARHAM P.RAMLEE " SIAPA KATA AKU MARAH, ITUKAN NASIHAT "....TEGUR MENEGUR, NASIHAT MENASIHATI AMAT PENTING FARDHU KIFAYAH NAMANYA. KITA TAK KAN TAHU TENTANG DIRI KITA, KECUALI ORANG LAIN YANG AKAN MENILAI DIRI KITA. SEPERTI CERMIN, KITA TAK NILAI DIRI SENDIRI TAPI CERMIN YANG MENILAI DIRI KITA.

LEMAK MANIS KELAPA TUA

MAKANAN DAH HABIS!....MACAM MANA NI CIK? BAGI AIR 2 BOTOL, BERAS 1 CAWAN, TELUR 2 BIJI, KOPI DAN TEH TAK ADA GULA, YANG ADA GARAM...ITU PUN DAH DIBUAT MENTERA. APA YANG TINGGAL?...HANYA KELAPA TUA YANG ADE. TUA PUN TUA LAH.... YANG PENTING ADA PENGALAMAN, ADE IDEA. NAK MAKAN APA CIK?... MASA PANJANG LAGI. "ENTAH PUKUL BERAPA MEREKA NAK JEMPUT KITA". SABAR KATA SAYA...."CUBA FIKIRKAN, BAGAIMANA NAK SAMBUNG TALIAN HAYAT"...KATA KAWAN SAYA, "APA YANG SUSAH KELAPA TUA KAN ADE, KUTIP SAJE, AIRNYA KITA MINUM, ISINYA KITA MAKAN. SEKURANG-KURANGNYA KITA ADE BENDA HENDAK DIMAKAN. KALAU TAK LALU NAK MAKAN KELAPA TUA, BAYANGKAN MACAM MAKAN KACANG"...PASTI SELERA.
"KELAPA MUDA TAK ADA KE CIK"?...."ADA TAPI SUSAH NAK DAPAT. POKOKNYA TINGGIIIII, SUSAH NAK PANJAT. LAGI PUN KALAU PANJAT, TAKUT ORANG NAMPAK. MALU KITA, NANTI KENA PERLI, "ADA ORANG TUA TU PANJAT POKOK KELAPA, YANG TUA BANYAK GUGUR DI BAWAH TAK MAHU DIKUTIP, TAPI GAGAH JUGA NAK KELAPA MUDA,.....HAI! TINGGI SELERA NAMPAK!". TULAH SEBABNYA SAYA TAK NAK AMBIL KELAPA MUDA......., BAIK KITA KUTIP KELAPA TUA...BANYAK FAEDAHNYA. AIRNYA BOLEH DIMINUM, ISINYA JADIKAN SANTAN @ KACANG, TEMPURUNG JADI CAWAN DAN KULIT SABUT BOLEH DIBAKAR UNTUK HALAU SANG NYAMUK. TERIMA KASIH KELAPA TUA...OH! LEMAK MANIS KELAPA TUA.

Friday, August 21, 2009

ALAAAHAI....DIA DATANG LAGI

APA TU?..... ALAAAHAI DIA DATANG LAGI. KALI NI APALAH PULAK YANG DI NAK BUAT. TAWAKKAL AJE LAH. DIA DATANG!... DENGAN LENGGANG-LENGGOKNYA, DIA DATANG!...DENGAN LENGGANG-LENGGOKNYA. MACAM MANALAH AKU NAK TIDUR. TERLELAP AJE SIKIT, DIA NGAP. PANTANG LEPA, BERDEZUP....HILANG. MACAM BISKUT, KEJAP ADE KEJAP TAK ADE. ALAAAHAI DIA DATANG LAGI...( DAH JADI TRADE MARK RAKAN-RAKAN AKU ). AKU PUN TAK TAHU DIA NI JENIS ALIEN YANG MACAM MANA. ENTAH DARI PLANET MANA DIA DATANG. KEPALA, MATA, TANGAN, HIDUNG, TELINGA, KAKI, TANGAN, BADAN SEMUA SAMA MACAM MANUSIA TAPI PERANGAI MACAM YANG MERANGKAK KAT BELAKANG DAPUR. AKU BUKAN NAK MENGATA TAPI, TU LAH.... NANTI KENA BAYAR TUNAI PULA, TAKUUUUT.
YANG SYOKNYA BILA AKU DAN RAKAN2 JUMPA ALIEN TADI, TAK ADA PERASAAN TAKUT LANGSUNG. CUMA TERGAMAM SEKEJAP,....LEPAS TU KETAWA, PASAI APA? ALAAAHAI!...DIA DATANG LAGI, ITULAH SAJE UNGKAPAN YANG AKAN TERKELUAR DARI MULUT KAMI. SEPATUTNYA BERISTIGFARLAH, INI LAIN PULAK YANG DIUCAPKAN. MINTA DIJAUHKAN, JANGANLAH BERJUMPA DENGANNYA LAGI. TAPI AKU YAKIN KITA AKAN BERJUMPA DENGANNYA, ITUPUN KALAU ADA JODOH. MUKA KENA SELAMBA, HATI DAN FIKIRAN KENA TERBUKA CUMA MULUT SAJE YANG BERKATA....ALAAAHAI!...DIA DATANG LAGI.

BAYAR SECARA TUNAI

KALAU DULU ORANG KATA BUAT YANG TAK ELOK AKAN TERIMA BALASAN DI KEMUDIAN HARI. TAPI KINI, DAPAT CASH. KALAU NIAT KITA SUCI DAN MURNI INSYAALLAH AKAN DAPAT GANJARAN DARI ALLAH SWT. APA PUN KITA HARUS BERSYUKUR KEPADA-NYA, ILMU ITU HAK-NYA. MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA MEMBERI DAN MEMBANTU SEKADAR YANG TERMAMPU. JANGAN TAKBUR DAN EGO DENGAN APA YANG TELAH DIKURNIAKAN KEPADA KITA. AMANAH YANG KITA PEGANG SEBAGAI KHALIFAH DIMUKA BUMI INI JANGAN KITA LUPA. SIDIQ, AMANAH, TABLIGH, FATANAH CONTOH IKUTAN JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMAD SAW. KEKADANG KITA TERLUPA, BERJALAN SENTIASA MENDONGAK LANGIT.KAN LEBIH BAIK SESEKALI KITA TUNDUK KE BUMI. SENTIASA MERENDAH DIRI JUGA ADALAH SIFAT YANG TERPUJI. MERENDAH BUKAN UNTUK DIPIJAK TAPI BERSEDIA UNTUK MENDABIK. MENDABIK BUKAN UNTUK MENUNJUK DAN MENGHERDIK TAPI UNTUK MENJADI YANG TERBAIK. INSYAALLAH

Thursday, August 13, 2009

YES BOSS, THANK U BOSS

SALAM. KATA ORANG SYAYA (SAYA ), " SYAYA DATANG NI BUKAN NAK BUAT LAPURAN CUMA NAK BERSYERITA SAJE CIK " ( BAHASA ORANG PENDALAMAN ). ADA KISAH TENTANG RAKAN SAYA. PERANGAI PELIK TAPI BENAR. DAH JADI RESAM DAN ADAT DI DUNIA, KISAHNYA.....( BUKAN NAK MENGUMPAT, TAPI SEBAGAI PANDUAN DALAM KEHIDUPAN ) SAYA HORMATI BELIAU SEBAGAIMANA RAKAN-RAKAN YANG LAIN. CUMA SATU SAJA PERANGAINYA YANG SAYA KURANG BERKENAN. CONTOH PERTAMA YANG BAIK KALAU DIA JUMPA BOS, UCAPAN SALAM DAN SELAMAT DAH MENJADI PERKARA WAJIB, BAGI SAYA JUGA. CONTOH KEDUA YANG PALING SAYA TAK BERKENAN, BILA BOS SURUH BUAT SESUATU, DIA KATA BOLEH! TAPI KERJA TU ORANG LAIN YANG BUAT. YANG TAK SEDAPNYA, DIA MENGAKU KERJA TU DIA YANG BUAT, LEPAS TU DIA PULAK TANYA, ADA APA2 LAGI YANG BOSS NAK SAYA BUAT? BOSS JAWAB TAK ADA LAGI, YANG PELIKNYA BUKAN BOSS YANG UCAP TERIMA KASIH, DIA PULAK YANG UCAPKAN. ADA LAGI, DIA KATA KAT BOSS KALAU ADA APA2 BOSS JUST CALL ME. YANG AJAIBNYA KALAU DIA KENA MARAH PUN DIA UCAP THANK YOU BOSS. PADA PENDAPAT SAYA SAMADA DIA NI KAKI KIPAS ATAU LURUS BENDUL ATAU MEMANG JENIS YANG TAK BERJENIS. MUNGKIN DIA ADA " FALSAFAH BOSS " IAITU RULES NO. 1, BOSS IS ALWAYS WRIGHT. RULES NO. 2, WHEN BOSS IS WRONG, PLEASE REFER TO RULES NO. 1.