Monday, September 28, 2009

BILA HATI DICURI SI INTAN

Terkenang 15 tahun dahulu era kemachohan bermula, tercari-cari manalah calon yang sesuai untuk dijadikan pilihan hidup bersama. Masa tu susah bebenor nak dapat yang teranggun. Mungkin mata ketika itu tidak terbuka luas atau sepet akibat panahan mentari. Asal berkelip saje disangka intan. Tak pernah menilai yang intan itu adalah kaca. Setelah berumahtangga, barulah jumpa dewasa ini yang kaca dahulu sebenarnya adalah intan belaka yang tidak ternilai valuenya. Nak mengatallah pulak. Pantang ada yang meminta simpati dan belai kasih, sanggup dengan sukarela menghulur batuan dan menjadi penasihat untuk merungkai masalah si intan, dengan sukarela beri bantuan untuk menagih kasih dan sayang. Menjadi pendengar yang setia adalah pasti.
Tu lah, nasihat orang tua2, nak beristeri biarlah dicari dan dijodohkan oleh orang tua. Tapi la ni, nak cari sendiri...konon2nya nak cari yang serasi, supaya belakang hari tidak menyesali diri. Apa yang terjadi kini?....Berkahwin dah bertahun-tahun, anak pula macam gerabak kereta api.....berderettttt. bahagialah katakan, tapi mengapa hujan ditengah hari. Huru hara pula rumahtangga, apabila muncul orang kedua, ketiga, keempat...dah mula nak bercinta semula, bab inilah yang hendak dicerita. Mungkin dulu, masa bujang tak sempurna bermain cinta, bila umur dah meningkat, anak dah berderet, uban putih mula bercambah tanpa kawalan, perangai pun turut berubah...kasut mula berkilat, baju diiron..sidenya kalau kena pada kulit boleh luka, rambut putih diwarna hitam, kalau kering disapu minyak..hitam berkilat. nak jaga imejlah konon, supaya kemachohan itu terserlah seperti 15 tahun dahulu ...peeeh hebat! Macam hero hindustan tahun 70an.
Apa lagi ditunggu peluang telah terbuka luas, lauk didepan mata, maka mula pasang ayat yang kau2 (baik.. punye) kesopanan dijaga, tutur kata tak boleh nak katalah....lembut gigi dari lidah, demi menjaga si intan. Kalau dirumah pijak semut pun tak pengsan. Begitulah kalau hati telah dicuri si intan. Dah dapat si intan, mula2 digilapnya...lama kelamaan, intan pun akan jadi kaca. Siapa lak nak yang nak jadi mangsa hero hindustan selepas ini.
Yang telah berlalu biarkan pergi, hari mendatang kena hadapi. Perangai yang lalu jadikan sempadan. Jangan jadi hero yang lupa diri, ada tanggungjawab yang perlu dipikul. Amanah Allah yang perlu dijaga. Kebajikan dan kebahagiaan rumahtangga diutamakan. Jangan biar hati dicuri si intan,... AKAN BERKESUT AWAN DI LANGIT DAN BERGOYANGLAH POKOK TUALANG kata orang melayu asli.

KASIHAN TOK MAT DAN NEK SOM

Hari raya pertama bersama keluarga pulang ke kampung di Melaka. Pastinya orang pertama yang ingin kita jumpa ialah kedua ibubapa. Mohon ampun dan maaf dari mereka. Dalam pada itu terfikir di kepala apa khabar agaknya Tok Mat dan Mak Som. Tiada pertanyaan terhadap mereka. Aku melintas di hadapan rumahnya, suasana senyap dan sunyi. Tidak kelihatan anak2 dan cucu2nya. Pintu rumah bertutup rapat. Mungkin tiada di rumah kot? Atau mungkin mereka pergi beraya di rumah saudara mara. Kebiasaannya pada setiap kali aku bercuti dan musim perayaan, aku akan bertandang ke rumah mereka untuk bertanyakan khabar. Rasa tak sedap di hati, dan aku tanyakan tentang mereka kepada orang tuaku. Rupa2nya, mereka berdua kini uzur. Tiada daya berjalan dan makan dengan sempurna. Itulah yang dikhabarkan kepadaku oleh orang tua. Dua hari kemudian, selepas solat maghrib di surau, aku lintas dan singgah ke rumah mereka dan berjumpa dengan anak sulung Tok Mat. Dipelawanya aku masuk ke dalam bilik Tok Mat dan Nek Som, hiba rasa hati melihat Tok Mat sedang membelek2 ubat dan Nek Som cuma terbaring di atas katil. Dapat lagi kita berjumpa, kata Tok Mat. Aku dakap Tok Mat tanpa suara dan merenung mata Nek Som. Tahun lalu Nek Som sihat walafiat. Badan berisi. Tapi kini Nek Som, kurus dan Tok Mat, mata dah rabun serta telinga kurang dengar. Menitis air mata melihat keadaan mereka. Terkenangkan Tok Mat yang banyak bercerita tentang keluargaku yang pemurah dan baik hati serta terkenangkan banyak nasihat2 berguna kepadaku semasa era bujang satu ketika dulu. Inilah salah satu orang tua yang hanya tinggal di kampungku, yang lain telah ramai kembali ke rahmahtullah.
Terkeluar dari mulut Tok Mat, meluahkan rasa kecewa tentang anak lelakinya yang ketiga, umurnya 43 tahun cuma senior 2 tahun denganku. Anaknya ini adalah rakanku semasa di kampung. Menjalankan perniagaan kecil2an menjual buah2an dan bekerja sebagai "jaga" di sekolah berhampiran kampung. Menetap di belakang rumah Tok Mat. Apa yang menyedihkan rakanku ini telah berumahtangga dan dikurniakan 6 orang anak tapi kini telah berpisah. Kini hidupnya tidak tentu arah tujuan. Kata Tok Mat inilah akibat dari doa seorang ayah untuk anaknya, yang tak mengenang budi. Pernah satu ketika Tok Mat minta RM20 untuk belanja minum dan rokok, tapi anaknya menolak dengan alasan tak ada duit. Tetapi bila abang iparnya minta RM30...dengan segera dihulurkan. Depan Tok Mat perkara ini berlaku...Tok Mat hanya mampu menggelengkan kepala mengenangkan sikap anaknya. Kasihan Tok Mat dan Nek Som. Aku cuma mampu berdoa dan nasihatkan Tok Mat dan Nek Som berbanyakkan sabar dan beroda sentiasa. Insyaallah akan terbuka hatinya...

Wednesday, September 16, 2009

GARA2 CITE KARTUN

Karangan budak darjah 4*

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung.Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah.. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dan lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar
pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu mennjerit “Adoi...!” dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih yang di tak faham. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati..

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

*100 markah A1*

SALAM AIDILFITRI

Kepada semua yang mengenali, Saya dan keluarga tercinta mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada Pucuk pimpinan PDRM, semua pegawai dan anggota PDRM, rakan2 PLK-PDRM, Dekan dan Timbalan FSR, Co-odinator PLK-PDRM, Pensyarah2, staf FSR, Fasilitator, Instructor, PERLU dan semua warga UiTM, Shah Alam, Selangor.

TERIMA KASIH AYAH, TONG SAMPAH DAN GEREK TUA

Orang dulu-dulu kalau nak daftarkan sekolah anak punyalah susah. Nak beli pensil, beg, kasut, duit yuran dll pun tak mampu. Mak ayah berkira-kira, tak yah beli....pinjamlah dulu kengkawan punya. Sebagai anak yang solehlah konon, ikutkan lah kata mak ayah, buat aje muka tak malu atau tipu sikit..eg: pensil saya tertinggal, boleh pinjam? ( biasanya tak pulang balik, buat harta ). Kita faham, datang dari keluarga yang susah ketika itu. Ayah cuma kerja sebagai krew angkut sampah, berapa sangat lah gaji yang diterimanya. Adik beradik pulak ramai. Ayah pergi kerja naik 'gerek' berkayuh hampir 20KM setiap hari. Saya asyik membayangkan, sepanjang ayah berkayuh, dia tentu banyak memikirkan hal keluarga. Nak bagi makan, pakai, sekolah & bermacam-macam lagi. Mahalnya harga setitik peluh ayah yang jatuh ke bumi. Kita mana nak terfikir masa tu, yang kita tahu makan, tidur, seronok dan sekolah. Itu aje. saya dan adik-adik boleh dikatakan tak pernah merasa beg yang berbau kedai ( beg baru ). kami hanya menggunakan beg yang ayah kutip dari tong sampah( sedihnya ). Tapi kami tak pernah mengeluh atau jijik untuk menggunakannya. Malah kami hargai. Kalau beg tu tercarik @ koyak kita jahit sendiri. Kasut kami pakai pun tak pernah berbasuh. Nak basuh macam mana? Lap dengan kain basah, kasut tu jenis getah! RM2 aje. Itu pun dah mahal bagi kami. Kalau musim hari raya,....dapat seluar pendek baru pun jadilah, gembiranya hati kalau melompat cecah ke bumbung rumah. Tapi zaman tu dah pun berlalu dan menjadi sejarah serta peristiwa2 hikmat untuk disampaikan kepada anak-anak generasi kini. Alhamdulillah....Syukur atas nikmatnya. Walau pun susah, kami adik beradik semuanya berjaya. Berjaya dalam hidup masing-masing walaupun tak punya harta dan nama, dan tidak kecewa. Mak Ayah kuat, kita pun kena kuat. Terima kasih Ayah, Tong Sampah dan Gerek Tua. Kerana kamu Aku, Abang dan Adik-adik megah berdiri dan bangga hidup kerana SAMPAH. Sehingga kini, aku tak pernah rasa " erti geli dan jijik " bila melihat dan mengangkat sampah, berulat, berbau kerana aku kenal asal usul,...bagaimana aku dan adik-adik mampu membayar balik harga sebuah "SAMPAH". Aku cuba didik anak2 untuk tidak merasa geli dengan sampah. Kalau mereka sedar suatu hari nanti, kenapa ayah kita " selamba " aje dengan sampah? Mungkin satu hari nanti mereka akan faham, dan aku tak paksa mereka faham, kerana mereka lahir di generasi yang kedua, yang tiada lipatan sejarah silam.

Tuesday, September 15, 2009

KANCIL BERHARGA RM1 JUTA

Percaya atau tidak nilai Kancil di Malaysia lebih kurang RM1 Juta. Saya bukan nak jual ubat, tapi telah terbukti Kancil di Malaysia bernilai tinggi. Ini telah disahkan oleh rakan kita di negara jiran. Mungkin seluruh negara asean telah ketahui keajaiban Kancil Malaysia. Al-Kisah pada satu ketika.........
Seorang pakcik sedang memandu keretanya jenama KANCIL di Lebuhraya Utara Selatan, sedang asyik memandu kereta tersebut mengalami kerosakan dan telah parking di tepi lebuhraya. Nasibnya baik hari tu, telah berhenti sebuah kereta Porsche yang dipandu oleh satu lelaki melayu dan bertanya " apa yang boleh saya tolong? ". dan pakcik tu berkata " Begini Nak, kereta pakcik ni rosak, injinnya tak leh nak hidup ". " saya boleh bantu pakcik untuk tarik kereta " kata lelaki tersebut. " boleh juga apa salahnya, tapi kereta kamu tu laju, macam mana pakcik nak ikut " kata pakcik. Lalu pemuda itu beri cadangan, " Pakcik ikut saja kereta saya, kalau saya terpandu laju, pakcik bagilah isyarat lampu tinggi ( high beam ), dan saya akan perlahankan pemanduan saya, boleh!". Ok lah jawab pakcik.
Sedang dalam perjalanan tiba-tiba, sebuah kereta Ferrari telah memotong dengan lajunya kedua-dua kereta tadi. Melihatkan keadaan itu, pantang dicabar, Pemandu kereta Porche itu terus memecut laju dan terlupa tentang kereta kancil yang ditarik dibelakangnya. Apalagi, pakcik tu pun kelam-kabutlah, bagi high beam bertalu-talu......
Nak tahu apa yang dibisik pemandu Ferrari dalam hatinya,.....Fuuuh...*%ce*&*la^%%ka$xxx punya kancil laju betul kereta Malaysia, kete Porcshe pun nak dipotongnya dah tentu mahal kereta Kancil ni, Limited Edition kot?. Inilah yang dikhabarkan di negara jiran

HARI YANG GELAP

Senja mula berlabuh, Takbir pun berkumandang menandakan sang malam akan tiba. Aku masih termenung, memikirkan perjalanan hidup ini. Anak-anak manyapa sinis, " ayah kenapa tak mandi lagi dah masuk waktu maghrib ni " kata mereka. Dengan langkah yang malas aku menuju ke bilik air yang jauhnya cuma sekangkang kera. " Ayah! lamanya dalam bilik air, buat apa tu? ", tersentak lagi aku yang masih termenung di atas mangkuk tandas. Apalah nak jadi dengan aku, mengelamun saje. Selesai mandi, aku duduk mengadap depan kaca televisyen..Berita jam 8.00 malam. Siapa pulak yang padamkan main suis ni? Alamak gelaplah pulak.....aku ambil lampu picit, cis! bateri lak kong......bergelaplah malam ni. Kak Long! oh Kak Long! mana compass ayah? " Ayah nak buat ape ngan compass tu"? " Nak buat ape lagi, orienteeringlah!"..

Saturday, September 12, 2009

BERI DAN MENERIMA

Tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima. Lirik lagu Herman Tino, "Tangan kanan memberi sorokkan tangan kiri". Macam kita jugaklah, apa yang pensyarah beri kita terima sajelah, janganlah beri balik. Kalau nak beri pun, berilah yang mereka tak ade, jangan beri apa yang mereka ade. Bukan pemberian, hadiah atau cendrahati tapi ilmu dan ajaran yang diberi kepada kita. Terima Kasih di atas sumbangan mereka. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Thursday, September 10, 2009

APA ADA PADA NAMA?

Beberapa hari yang lalu aku duduk bersembang dengan rakan-rakan bercerita tentang kerjaya dan pengalaman tugas masing-masing. Dalamnya terdapatlah kenangan suka, duka, sedih dan kecewa. Namun semua itu berlalu hanya diketika terkenang apabila mengimbau kenangan yang lalu. Kekadang kita bangga apa yang kita usahakan, tapi kebanggaan itu hanyalah menjadi bualan untuk masa yang cukup singkat begitu juga sebaliknya, kita kecewa dan rasa rendah diri setelah apa yang diusahakan, gagal. Kegagalan ini juga akan menjadi bualan yang singkat pada orang lain berbanding dengan kita yang akan terus terkenangkan kegagalan kita yang memakan masa yang lama untuk kita lupakan, mungkin juga kita tidak akan dapat melupakan dan terus tersimpan dalam memori.

Apa ada pada nama?....kalau kejayaan itu mudah dilupakan,
Apa ada pada nama?....kalau kegagalan itu berterusan,
Apa ada pada nama?....Kalau kita ketinggalan,
Apa ada pada nama?....Kalau hanya sekadar nama.....

" Tahniah untuk anda di atas kejayaan, serta usaha yang gigih serta komitmen yang anda berikan ". Itulah kata-kata hikmat yang sering diberikan kepada saya dan rakan-rakan apabila sesuatu kejayaan dihasilkan.

Saya masih ingat lagi isteri tersayang berkata " untuk apa abang kerja sungguh2, kalau sumbangan tak dihargai, melambung tinggi ke langit bila dipuji, jatuh terduduk tak ada sesiapa yang peduli ". Ada betulnya kata isteri saya itu. Tapi saya masih lagi begini,...... kerja,....kerja....,kerja.... dan.... terus bekerja, untuk apa? Adakah kerana pendapatan bulanan bagi menampung perbelanjaan keluarga dan harian, adakah kerana glamour, adakah kerana pangkat, atau adakah kerana kuasa?..........Semuanya adalah kerana Amal Jariyah kerna Allah SWT. Biar dikata, dicerca, dikeji, dicaci, dikutuk, dihina etc...yang penting KITA KENA KUAT.

Tuesday, September 8, 2009

KONGKALIKONG

Senang cakap kau dan aku serupa saje. Apa yang perlu ditelagahkan lagi perkara tu pun dah selesai. Mungkin pada awalnya kita hanya dapat membayangkan betapa susahnya nati kita nak lalui. Di selitkan pula pantun, sajak dan puisi serta sindiran-sindiran sinis dari rakan2 yang membawa erti rasa gelisah dan gusar di hati masing-masing. Tak perlu mengherdik, mengutuk dan mempersenda kerana itu semua mungkin akan terpalit ke muka sendiri. Yang paling penting kita tadah tangan dan minta padaNya, Dengan lafaz Bismillah " Ya Allah kau lindungilah kami dari rasa gusar dan was2, berikan kami jiwa yang tenang dan tenteram, agar kami bisa melakukannya ". Tuan penasihat dah berikan taklimat awal2 lagi sebelum kita buat praktikal. Ikut saje tatacara dan peraturan serta langkah langkah2 keselamatan semasa melakukan axtvt abseiling. Insyaallah selamat.

Sunday, September 6, 2009

ALASAN.....disukai @ dibenci?

Senjata yang paling ampuh dan juga benteng yang paling teguh sering dikaitkan dengan sistem pertahanan sesebuah organisasi atau negara Tapi bagi manusia seperti kita senjata dan benteng yang ampuh adalah ALASAN. Ayat inilah yang sering digunakan untuk menyelamatkan diri dari mengelak dan mempertahankan diri. Kekadang ALASAN inilah yang paling disukai oleh kita dan tak digemari oleh Boss serta rakan-rakan kita sendiri. Kebanyakan orang suka memberi ALASAN dan sesetengahnya pula paling tidak gemar mendengar ALASAN. Ianya perlu ada dalam menyelesai dan mempertahan, tetapi jika terlalu kerap digunakan, orang lain akan menilai samada masih relevan atau sebaliknya. Orang akan mudah menilai kita, kebanyakkannya nilai yang negative. Oleh itu fikir-fikirkanlah atau....." lu fikirlah sendiri, assalamualaikum " ( kata Nabil )

Friday, September 4, 2009

Kad Jemputan Khas

Esok 5/9/09 jam 8.30 pagi, anda semua dijemput hadir beramai-ramai di bangunan Fakulti kejuruteraan, Kampus Induk UiTM, Shah Alam bagi menyaksikan satu demonstrasi rawatan Jantung Berderau, Jantung Berdegup, dan Jantung Berdebar oleh bakal-bakal doktor yang diterbangkan khas dari Universiti PoDiRa Malaysia seluruh negara. Kami pasti anda akan berebut-rebut untuk menyaksikan aksi-aksi yang pelik dan teruja ini. Peringatan:- Sila bawa videocam, camera untuk merakam aksi-aksi yang terpilih dan plaster untuk menutup mulut penonton dan pengkritik bagi mengelakkan dosa kering di bulan Ramadhan iaitu mengata, mengumpat dan mentertawa. Makanan dan minuman disediakan oleh AJK surau Fakulti Kejuruteraan pada jam 7.20 Petang itu pun bergantung pada jemaah yang hadir. Kalau ramai sangat, penganjur menyarankan supaya jemputan dapatkan makanan dan minuman di pintu keluar UiTM. Pandai-pandailah cari makan sendiri. Penaja tarik diri di saat-saat akhir. Datang jangan tak datang. Pendaftaran untuk para jemputan hendaklah dibuat, bagi membolehkan nombor-nombor cabutan bertuah diagihkan. Cabutan bertuah akan dibuat selepas sahaja upacara demeonstrasi selesai. Hadiah bagi cabutan tempat ketiga berupa "helmet", tempat kedua " glove" dan hadiah utama " Seat Harness". Datang jangan tak datang, pergi jangan tak pergi. Jumpa di sana, sana, sana, sana

Wednesday, September 2, 2009

PANTUN KAPAS

Asal kapas menjadi benang
Benang ditenun menjadi kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Nak lagi berkhemah di tempat lain

AR Tompel dan kipas Lipas
Jalani kengkang tulang besi
Capsize kayak tak lepas-lepas
Bawa makanan pun dah jadi basi

Hisyam Che Mat nama diberi
Ketua program Diploma Degree
Outdoor Recreation keutamaan diberi
Tersalah simpul kita mati Free

Tidur malam beralaskan daun
Kopi dan teh tiada gula
Siang berpanas malam berembun
Kerja untuk menguji minda

Lemak manis santan kelapa
Ayam berempah santapan Raja
Si cantik manis anak siapa
Makan sorok di bawah meja

Alahai dia dah datang lagi
Datang dengan sopan santunnya
Baju pink dan berseluar yengki
Bolehkah hamba santap bersama?

Sopan dan santun lagak pemuda
Duduk bersila bagai teruna
Senyum meruntum pancaran minda
Mengapa anda selalu mengena?

Assalamualaikum salam diberi
Waalaikumsalam kami sembahkan
Janganlah hidup pentingkan diri
Rakan dan taulan wajib utamakan