Wednesday, November 4, 2009

" TUBA "

Biasanya "tuba" digunakan setelah usaha memancing dan memukat ikan gagal dilakukan. Tapi penggunaan "tuba" ini akan menyebabkan banyak pihak yang tidak mendapat kebaikan darinya. Kebiasaannya "tuba" digunakan oleh individu-individu yang tiada tanggungjawab dengan alam persekitaran dan manusia-manusia yang ada disekelilingnya. Apa yang penting bagi orang yang menggunakan "tuba" itu adalah untuk kepentingan peribadi individu itu sendiri. Cuba bayangkan, bagaimana risiko yang akan dihadapi oleh manusia-manusia yang ada di sekelilingnya sekirannya "tuba" itu digunakan dalam kotak pemikiran manusia. Maka akan tergadailah negara, harta, silaturrahim, kepercayaan, tanggungjawab, kredibiliti keluarga, saudara mara, sahabat handai dan pelbagai lagi akibat dari kesan sampingan racun yang bernama "tuba". Kesan yang paling mendalam akibat "tuba" ini ialah meracun pemikiran manusia. Telah menjadi tradisi sejak zaman jahiliah lagi, tuba-menuba ini menjadi senjata yang paling ampuh bagi individu tertentu untuk mendapatkan sesuatu imbuhan atau tempat. Nasihat dari hamba yang kerdil ini jangan gunakan "tuba" untuk mendapat "ikan".

3 comments:

REDZUAN said...

Salam Tuan Hamba..
Penuh berfalsafah la tuan hamba ni..
Hamba gembira membacanya.. Teruskan usaha Tuan Hamba..

Haron said...

wan,
nak merayu ni, lu bagi wa markah lebih sikit leh tak. puji melangit pun tak guna. markah kwame tlg up sikit.

aimanarif said...

tuba? isk..isk.. semoga pah x jadi gitu...amin.. lega dah abis exam..x adalah tuba ikan lagi hehehe