Monday, September 28, 2009

BILA HATI DICURI SI INTAN

Terkenang 15 tahun dahulu era kemachohan bermula, tercari-cari manalah calon yang sesuai untuk dijadikan pilihan hidup bersama. Masa tu susah bebenor nak dapat yang teranggun. Mungkin mata ketika itu tidak terbuka luas atau sepet akibat panahan mentari. Asal berkelip saje disangka intan. Tak pernah menilai yang intan itu adalah kaca. Setelah berumahtangga, barulah jumpa dewasa ini yang kaca dahulu sebenarnya adalah intan belaka yang tidak ternilai valuenya. Nak mengatallah pulak. Pantang ada yang meminta simpati dan belai kasih, sanggup dengan sukarela menghulur batuan dan menjadi penasihat untuk merungkai masalah si intan, dengan sukarela beri bantuan untuk menagih kasih dan sayang. Menjadi pendengar yang setia adalah pasti.
Tu lah, nasihat orang tua2, nak beristeri biarlah dicari dan dijodohkan oleh orang tua. Tapi la ni, nak cari sendiri...konon2nya nak cari yang serasi, supaya belakang hari tidak menyesali diri. Apa yang terjadi kini?....Berkahwin dah bertahun-tahun, anak pula macam gerabak kereta api.....berderettttt. bahagialah katakan, tapi mengapa hujan ditengah hari. Huru hara pula rumahtangga, apabila muncul orang kedua, ketiga, keempat...dah mula nak bercinta semula, bab inilah yang hendak dicerita. Mungkin dulu, masa bujang tak sempurna bermain cinta, bila umur dah meningkat, anak dah berderet, uban putih mula bercambah tanpa kawalan, perangai pun turut berubah...kasut mula berkilat, baju diiron..sidenya kalau kena pada kulit boleh luka, rambut putih diwarna hitam, kalau kering disapu minyak..hitam berkilat. nak jaga imejlah konon, supaya kemachohan itu terserlah seperti 15 tahun dahulu ...peeeh hebat! Macam hero hindustan tahun 70an.
Apa lagi ditunggu peluang telah terbuka luas, lauk didepan mata, maka mula pasang ayat yang kau2 (baik.. punye) kesopanan dijaga, tutur kata tak boleh nak katalah....lembut gigi dari lidah, demi menjaga si intan. Kalau dirumah pijak semut pun tak pengsan. Begitulah kalau hati telah dicuri si intan. Dah dapat si intan, mula2 digilapnya...lama kelamaan, intan pun akan jadi kaca. Siapa lak nak yang nak jadi mangsa hero hindustan selepas ini.
Yang telah berlalu biarkan pergi, hari mendatang kena hadapi. Perangai yang lalu jadikan sempadan. Jangan jadi hero yang lupa diri, ada tanggungjawab yang perlu dipikul. Amanah Allah yang perlu dijaga. Kebajikan dan kebahagiaan rumahtangga diutamakan. Jangan biar hati dicuri si intan,... AKAN BERKESUT AWAN DI LANGIT DAN BERGOYANGLAH POKOK TUALANG kata orang melayu asli.

No comments: