Monday, November 16, 2009

KETAM OH KETAM

Pagi ni dapat idea. Kawan kita "chair" taklimat pagi. Katanya masa dulu, kalau pangkat "satu balak" ni dah kira penyelia kanan. Bila ambil taklimat semua mata akan tertumpu padanya. Segala apa yang dia kata semuanya betul belaka. Semua arahanya dikut membabi buta. Itu dulu. Tapi sekarang ni "tiga balak", bila bercakap seperti mencurah air ke daun keladi. Langsung tak diendahkannya. Alasan mereka, tiga balak sekarang ni dah banyak and tak ada nilai, sebab dah bersepah-sepah dan ada di mana-mana. Semua ni gara-gara mutu disiplin yang terus merudum jatuh dek kerana kepincangan ketua yang sedia pincang. Bak kata pepatah "mengajar anak ketam berjalan betul", bapa ketam pun jalan senget, itu jugalah alasan yang diberi oleh mereka-mereka yang telah sedia senget. Bagaimana nak diperbetulkan "ketam-ketam" ini? Inilah budaya dan tradisi turun temurun. Bila dah jadi "adat" memang payah nak diubah. Cara yang berkesan ialah kesedaran pada diri sendiri. Perbetulkanlah diri sendiri supaya tidak pincang macam mereka-kereka yang terdahulu.

2 comments:

rino-nong said...

bai, skg ni anak2 pun dah tak kenal ketam. mcmmn 2? skg ni sebenarnya" harapkan pagar, pagar mkn padi". mn x nya, jgnkan bapak nak ajar anak berjalan ajar sex ada la. akhir zaman dah nak dekat kot.

REDZUAN said...

nong.. ko ni ketagih ape da.. sume ko nak komen.. deah takdenye tuan penasihat nak bagi 30%.. Talian hayat telah ditutup ha ha ha..