Wednesday, September 16, 2009

TERIMA KASIH AYAH, TONG SAMPAH DAN GEREK TUA

Orang dulu-dulu kalau nak daftarkan sekolah anak punyalah susah. Nak beli pensil, beg, kasut, duit yuran dll pun tak mampu. Mak ayah berkira-kira, tak yah beli....pinjamlah dulu kengkawan punya. Sebagai anak yang solehlah konon, ikutkan lah kata mak ayah, buat aje muka tak malu atau tipu sikit..eg: pensil saya tertinggal, boleh pinjam? ( biasanya tak pulang balik, buat harta ). Kita faham, datang dari keluarga yang susah ketika itu. Ayah cuma kerja sebagai krew angkut sampah, berapa sangat lah gaji yang diterimanya. Adik beradik pulak ramai. Ayah pergi kerja naik 'gerek' berkayuh hampir 20KM setiap hari. Saya asyik membayangkan, sepanjang ayah berkayuh, dia tentu banyak memikirkan hal keluarga. Nak bagi makan, pakai, sekolah & bermacam-macam lagi. Mahalnya harga setitik peluh ayah yang jatuh ke bumi. Kita mana nak terfikir masa tu, yang kita tahu makan, tidur, seronok dan sekolah. Itu aje. saya dan adik-adik boleh dikatakan tak pernah merasa beg yang berbau kedai ( beg baru ). kami hanya menggunakan beg yang ayah kutip dari tong sampah( sedihnya ). Tapi kami tak pernah mengeluh atau jijik untuk menggunakannya. Malah kami hargai. Kalau beg tu tercarik @ koyak kita jahit sendiri. Kasut kami pakai pun tak pernah berbasuh. Nak basuh macam mana? Lap dengan kain basah, kasut tu jenis getah! RM2 aje. Itu pun dah mahal bagi kami. Kalau musim hari raya,....dapat seluar pendek baru pun jadilah, gembiranya hati kalau melompat cecah ke bumbung rumah. Tapi zaman tu dah pun berlalu dan menjadi sejarah serta peristiwa2 hikmat untuk disampaikan kepada anak-anak generasi kini. Alhamdulillah....Syukur atas nikmatnya. Walau pun susah, kami adik beradik semuanya berjaya. Berjaya dalam hidup masing-masing walaupun tak punya harta dan nama, dan tidak kecewa. Mak Ayah kuat, kita pun kena kuat. Terima kasih Ayah, Tong Sampah dan Gerek Tua. Kerana kamu Aku, Abang dan Adik-adik megah berdiri dan bangga hidup kerana SAMPAH. Sehingga kini, aku tak pernah rasa " erti geli dan jijik " bila melihat dan mengangkat sampah, berulat, berbau kerana aku kenal asal usul,...bagaimana aku dan adik-adik mampu membayar balik harga sebuah "SAMPAH". Aku cuba didik anak2 untuk tidak merasa geli dengan sampah. Kalau mereka sedar suatu hari nanti, kenapa ayah kita " selamba " aje dengan sampah? Mungkin satu hari nanti mereka akan faham, dan aku tak paksa mereka faham, kerana mereka lahir di generasi yang kedua, yang tiada lipatan sejarah silam.

4 comments:

REDZUAN said...

Bro.. Terharu gua baca beb..

Haron said...

wan,
Tq. we share the goods.

aimanarif said...

SALAM.. kenangan itu pengajaran.. pengajaran itu penting utk anak2... anak2 penting untuk mengetahuinya.. apapun sebagai ayah.. memang penting mengajar anak mengenai sejarah hidup kita yg lalu.. selamat Hari Raya buat abg Harun dan Family...

rino-nong said...

2 la bro bila senang skt ni kita wat je apa yg kita x pernah dpt/wat masa kecik2. 2 la aku wat. 2 yg umah aku penuh ngan barang mainan cos masa kecik brg mainan wat dr kayu je. kira jurutera kpg.