Monday, August 31, 2009

Burung Murai...Burung apa?.....

Dalam termenung, bala apa lah pulak lepas ni. Pagi tadi dah berkayak, selesai jam 3.30 petang. Lepas tu makan, 5.00 petang masuk pulak. Hai! Tuan Penasihat, pukul berapa lah pulak nak keluar dari sini. Tiba2, jeng..je..jeng, ada pulak sekor Murai datang melawat ke tempat aku. Jinak lak tu, bawah peha aku kau lalu, Kenapa senja2 begini kau datang?. Datang saje besok tak boleh ke?. Berbunyi lah pulak, macam paham2 je apa yang tersirat dalam hati. Kata orang tua dulu2, yang datang tu mungkin bukan Murai, tapi jelmaannya sahaja. Kawan2 aku mula rasa gelisah melihat gelagat dan mendengar aku beri salam pada Murai. Assalamualaikum, maaflah kalau aku ganggu tempat engkau. Bukan aku suka2 nak datang, tapi apa boleh buat, aku dipaksa duduk, tidur, makan dan uuk..uuk di tempat engkau. Jangan risau aku Tak Akan Pandang Belakaaaaang....he.he.he.he

3 comments:

hisyamchemat said...

Betul tu... nasib baik Rino bertanya pasal jerat. Kalau tak habis semua disebatnya. Banyak tu makanan selain burung murai, biawak dan tikus. Alahai Rino, kalau tak...

Haron said...

Dia kata, nasib baiklah ada makanan lagi kalau tak.....murai pun murailah...tinggal bulu ajelah jawabnya. Nasib baik semut yang ada kat situ kecik, kalau besarlah semut tu....ngap sayotttttt.

belle said...

jangan terpandang belakang murai sudeyh...