Monday, August 31, 2009

18 YANG TERBAIK

selama hampir empat tahun saya bersama mereka. Pahit, manis, kelat, masin, tawar dan payar kami lalui bersama. Meski pun kita datang dari bahagian yang berbeza, dari jantina yang dua, dari umur yang muda hingga ke tua, dari daya pemikiran yang berbeza semuanya memikul tanggungjawab dan mengejar cita2 yang berbeza. Namun dapat dilihat dan dirasai bahawa kerjasama yang erat antara satu sama lain terserlah ketika berada di Final Camp Pulau Kapas, Terengganu.Tahniah untuk anda dan saya. Tak dapat dinafikan terdapat sedikit salah faham dan beberapa tingkahlaku yang kurang menyenangkan berlaku di antara kita. Namun semuanya berjaya diatasi dan diselesaikan dengan baik. Sehingga saat ini belum ada lagi insiden2 atau perkara2 yang tidak menyenangkan. Kalau ada pun kami pohonkan kemaafan dan tunjuk ajar yang bermunafaat bagi kita. Tidakkah anda merasa, betapa kasihannya isteri, suami dan anak-anak kita, setiap kali hujung minggu tiada masa untuk mereka, kalau ada masa pun, semuanya kita tumpukan pada kerjaya. Besar sungguh pengorbanan mereka pada kita. Saya menyeru pada kekawan dan pada diri saya sendiri, jangan hampakan mereka dan diri sendiri. Percaya pada diri, kita kena kuat untuk tunjukkan pada anak2, adik, pada rakan2 pada saudara2, yang kita kuat dan masih kuat untuk segala-gala. Dan jangan ambil MC @ terlibat dengan operasi, minggu depan kita jumpa....abseiling lah hwa.hwa.hwa

3 comments:

hisyamchemat said...

Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan. Datang Jangan Tak Datang. Ada ka yang dah mula merancang untuk MC @ alasan Operasi. Kita tunggu.

Haron said...

Mereka kan kuat. Tak kan nak MC kot. Operasi pun sebelah malam kebanyakkannya. Pi jangan tak pi. Rugi beb....saya pong gayat juga. Jangan takut, kalau kau takut aku pun takut juga, kata AR Tompel ..hahahha

rino-nong said...

mn da alasan tau syik mc je. lau mcm 2 lingkup la negara. kena lanyak 9 bulan x da hal pun. wat masa skg la kita nak pulun outdoor activiti, nnti dan bis blaja x da masa la. komfom punya.