Sunday, July 19, 2009

Masyarakat Islam Di Akhir Zaman

Riwayat dari Abi Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda,tidak akan berlaku kiamat sehingga berkembang harta benda manusia dan berlebihan pemilikan harta dengan banyaknya, sehingga mengatasi keperluan sebenar. Ketika itu, jika ada seorang lelaki yang ingin membayar zakat hartanya, dia akan mendapati tidak ada seorang pun yang akan menerima pemberian zakatnya. Juga, berlaku perubahan besar di tanah Arab dengan banyak.Usaha pertanian dan penternakan diusahakan. Empangan dan saliran air dibuat.
-RIWAYAT MUSLIM

Sebelum berlaku kiamat akan ada usaha manusia untuk memiliki harta yang banyak dan adakalanya hingga melebihi dari keperluan diri. Mereka juga berusaha memeliki harta benda dengan tidak mengira batas-batas halal dan haram. Agama tidak dijadikan asas pegangan dalam usaha kebendaan. Dengan itu, lahirlah orang kaya atau jutawan tanpa kekuatan iman, hilang rasa ketenangan jiwa dan sentiasa dibelenggu rasa tidak selamat. Mereka mula mencara-cari sesuatu yang boleh mengubati jiwa mereka yang kosong. Apabila diberitahu agar mereka mengeluarkan zakat hartanya, bagi mendapatkan sesuatu dari Allah SWT yang berbentuk ketenangan dan keamanan jiwa, mereka mula membayar zakat. Mereka berusaka mencari individu yang layak menerimanya, tetapi ketika itu, tidak ada lagi yang layak menerima zakat atau bantuan; semua orang sudah dikira berharta dan mencukupi keperluan asas harian mereka. Walaupun mereka perlu kepada wang tambahan, tetapi tidak atas nama wang zakat harta yang diberikan kepada mereka. Inilah gejala memiliki harta di akhir zaman.
Tanah Arab bertukar wajah,dari kering kontang kepada kehijauan pokok tanaman berladang dan berkebun secara moden, untuk dikomersialkan dalam perniagaan. Tanaman tradisi Arab sekadar keperluan asas, tiada lagi.Kegiatan tersebut membawa bangsa Arab lupa kepada kerja asas mereka iaitu menyebar dan mengembangkan agama Islam, mengambil berat bahasa Al-Quran dan membela agama Islam. Apabilamereka Arab tidak berpegang lagi dengan agama Islam, jadilah mereka satu bangsa yang hina dan tidak bersatupadu.Kehebatan dan kemuliaan mereka diangkat oleh Allah SWT. Kesannya umat Islam tidakl agi melihat Arab sebagai contoh ikutan mereka. Mereka juga akan mengambil mudah dan merasakan Islam tidak lagi penting dijadikan pegangan hidup mereka. Cukup dengan beragama sahaja tanpa menghayatinya, dalam kehidupan seharian mereka.- Masyaallah

No comments: