Wednesday, July 15, 2009

BIODATA

Hamba lahir dari negeri yang lahirnya hulubalang lima yang tersohor di kalangan zaman pemerintahan kesultanan melayu. Mendapat pendidiakan awal di Sekolah Rendah dan Menengah Anglo Chinesse School. Menjalankan perniagaan kecil-kecilan usahasama antara keluarga adalah pengalaman pertama setelah tamat zaman persekolahan. Alhamdulillah, sehingga kini perniagaan tersebut masih diwarisi oleh adik-adik. Mengambil keputusan meninggalkan urusan perniagaan kepada adik-adik kerana ingin mencuba memajukan diri di bidang yang lain. Apakan daya kelulusan tidak seberapa, yang mampu dan layak hanyalah bekerja dengan "gomen", jawatannya kecil pendapatan pun kecil juga. Mungkin rezeki hamba dibidang itu. Apa pun tetap bersyukur kerana dapat berjasa dalam negara. Kata ulama, bidang kerja hamba itu adalah "jariah". Pada awalnya memang susah, gaji kechik tapi berkat kesabaran dan usaha hamba mampu berdikari, ada keluarga, ada kediaman dan ada segalanya, kecuali kemewahan, alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT.
21 tahun sudah usia kerjaya hamba. Berbagai pengalaman yang ditempuh. Pahit, masam, manis, masin dan payau telah hamba rasa. Syukur kehadrat Illahi sekali lagi, hamba damai dan aman bersama keluarga dan taulan.

No comments: