Friday, July 17, 2009

ISLAM TERBUANG DAN TIDAK DIPEDULIKAN

Fadilah Sheikh Ab. Rahman bin Nasir Al Sha'adi, hidup antara tahun 1307-1376 Hirah. Beliau manyatakan tentang keadaan Islam akan menjadi terasing di kalangan pengabutnya, berdasarkan hadis Rasulullah SAW, menceritakan apa yang berlaku di masa akhir zaman. Terjemahan hadis :-
Daripada Annas bin Malik r.a katanya : Rasulullah SAW pernah bersabda, katanya, akan sampai waktunya pada satu masa, keadaan insan muslim yang terus-terusan berpegang kepada prinsip hidup agamanya, seperti keadaan seorang insan yang menggenggam seketul bara api yang masih hidup dan panas sekali.- Riwayat At Turmudzi
Rasulullah SAW memberikan gambaran yang jellas kepada kita sebagai umatnya yang dia kasihi, bahawa di akhir zaman, kehidupan di dunia ini senelum kiamat, akan berlakunya keadaan, di mana sukar untuk mencari kebaikan, dan orang yang suka mengerkakan kebaikan, walaupun dari segi Islam, perkara itu adalah satu kebaikan. Dalam masa yang sama, keburukan dan kejahatan tersebar luas dan menguasai semua orang, sebab untuk memudahkan insan melakukan kejahatan amat banyak, dan ada pembantunya. Masa itu, untuk mendapatkan seorang insan muslim yang terus yakin dan berpegang pada agamanya adalah terlalu sukar, bahkan amat sedikit sekali bilangannya. Golongan yang sedikit ini pula, terus menerus ditekan dan disusahkan oleh banyak pula orang. Untuk menjadikan dia berada dalam keadaan yang penuh istiqamah, amat sukar sekali, dan ini digambarkan oleh Rasulullah SAW, laksana seseorang yang menggenggam seketul bara api yang sangat panas dan menyakitkan tangannya. Tidak banyak orang yang terus berani menggenggamnya. Inilah keadaan yang menjadikan susah untuk menjadi orang yang baik-baik atau beraga Islam secara selesa, seperti di zaman Nabi SAW dan para sahabat pada zaman awal Islam.
Di akhir zaman, sangat banyak keburukan dan kejahatan akan berlaku, dan adalah selesa untuk hidup dengan cara demikin. Tidak ada sesiapa yang menegur dan membantahnya. Hendak buat baik banyak orang menegahnya. Banyak fitnah yang menyesatkan dan meleburkan iman dan keyakinan kita orang Islam, terhadap Islam. Fitnah yang mengelirukan pemikiran kita. Banyak pula orang yang menjadikan kita berprasangka buruk, tidak tentu arah, untuk memilih yang mana satu harus dijadikan pegangan kita. Pemikiran yang tidak terikat dengan agama berleluasa, dan menjadi budaya umum ahli masyarakat ketika itu. Tiada sempadan menyekat fitnah yang dibawa nafsu rakus manusia. Banya orang terpesona dengan fitnah dunianya. Blok insan keduniaan ini terus menguasai kita. Pemikirannya, pembawaannya, kuasa nilai kebendaan boleh menarik banyak orang terus terpengaruh untuk bersama mereka. Fitnah kelemahan iman dan keyakinan, hidup dalam keakuan yang setara dan bukannya hidup kekitaan secara bersama, sesama Islam, tidak banyak membantu kita untuk terus menjadi muslim yang baik.

No comments: